suria

[V] Hormat Lufya sebagai ibu kandung, Julia Farhana belum sempat bermesra dengan bakal anak tiri… Kongsi detik awal kenal Dr Che Hafiz

MENGHITUNG hari bahagia, pelakon Julia Farhana berkongsi detik perkenalannya dengan bakal suami iaitu Dr Che Muhammad Hafiz.

Julia atau Julia Farhana Marin, 28, mendedahkan dia mengenali Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sejak dua tahun lalu melalui ibunya.

Hubungan itu bagaimanapun dirahsiakan kerana mahu menjaga privasi keluarga.

Julia Farhana terima lelaki pilihan keluarga.

"Saya dah kenal dia dua tahun... kami berdua terlalu menjaga privasi. Ini adalah aturan keluarga dia dan keluarga saya.

“Saya kenal Dr Che Hafiz sebenarnya melalui mak saya. Mak saya suka dengan dia dan dah lama kenal dia. Saya pula tiada niat pun nak settle down sebab saya happy dengan karier saya, fokus dengan pelajaran, menyanyi dan berlakon.

"Tapi bila kenal dia saya rasa dia okay... not bad. Saya rasa dia lelaki baik, softspoken, gentleman... seorang yang sangat matang dan boleh dibawa berbincang. Saya rasa dia bukan orang yang teruk untuk dijadikan calon suami," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana buat laporan polis jadi mangsa fitnah Lufya Omar, dedah bakal berkahwin dengan Dr Che Hafiz

ARTIKEL BERKAITAN: Sekat WhatsApp Julia Farhana, Lufya Omar tak cemburu bekas suami bakal berkahwin - “Saya yang minta cerai”

Julia berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pembukaan Flagship Store Rizman Ruzaini di ibu kota pada Rabu.

Tambah Julia, Dr Che Hafiz seorang yang memahami terutama tentang kerjaya membuatkan dia terbuka hati untuk menerima pilihan ibunya itu.

"Agak susah untuk cari seseorang yang faham kerjaya saya yang sibuk ini. Terutama saya masih lagi baharu dalam industri ini tapi bila berkenalan dengan dia... dia sangat faham dengan jadual yang padat, kehidupan saya dan terima saya seadanya. Jadi saya rasa saya akan dengar kata ibu saya!" katanya lagi.

Dia sangat memahami kerjaya saya jadi saya dengar kata ibu saya.

JULIA FARHANA

PELAKON

Berkongsi persiapan perkahwinan, Julia memberitahu proses itu hampir siap 90 peratus dengan bantuan keluarga.

Menerima bakal suami seadanya, Julia berkata dia tidak pernah terfikir bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang bapa tunggal.

"Saya tak pernah terfikir dan terniat untuk berkahwin dengan bapa tunggal tapi bila dah jadi macam itu saya hanya lihat pada karakter dia. Ketepikan seketika hal lain... tapi saya memang pernah terfikir boleh terima ke kalau datang dengan pakej (anak).

Julia Farhana menghitung hari bergelar isteri.

"Tapi saya dah fikir masak-masak saya bersedia untuk terima semua orang melibatkan dirinya. Kalau saya tak terima saya dah buang masa tempoh perkenalan, tapi bila dah sampai tahap ini bermakna saya dah lama terima dengan hati yang terbuka" kongsinya.

Julia juga memberitahu bahawa dia masih belum ada kesempatan untuk berkenalan dengan bakal anak tirinya iaitu Laana Haura kerana menghormati ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang juga pelakon iaitu Lufya Omar.

"InsyaAllah jika dibenarkan, jika tidak diterima oleh pihak lain saya terpaksa akur. Saya ikut keputusan suami saya.

Julia Farhana bersedia jadi ibu segera.

"Saya tengok dari jauh sahaja, sebab saya hormat ibu kandung dia. Sebab saya belum kahwin lagi... Haura ada ibu kandung, saya perlu minta kebenaran, jadi berkenalan atau bermain belum lagi," ujarnya.

Untuk rekod, Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Lufya pada 26 November 2016 dan bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain