PENYANYI duo, AishaHanim enggan mencipta kontorversi murahan semata-mata ingin segera menaikkan nama mereka dalam bidang seni suara. Sebaliknya mereka lebih selesa bergerak perlahan biarpun tidak diulit populariti kerana bimbang kontroversi yang sengaja dicipta boleh mencemarkan nama baik dan tidak disenangi peminat. Malah pasangan kembar ini memilih mengekalkan identiti mereka dengan melancarkan dua single baharu secara serentak sebagai strategi meraih perhatian pendengar. AishaHanim selesa bergerak perlahan. “Memang kami akan melancarkan dua single serentak setiap dua tahun. Kami sebolehnya mencuba untuk mencari ruang dan mengumpul peminat tanpa mencipta sebarang spekulasi atau kontroversi. “Bukan apa, lebih baik kami perlahan-lahan membuktikan bakat daripada menerima kecaman dan membuka ruang kecaman kepada warganet. Tak apa lambat pun, perlahan-lahan kayuh,” katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Spekulasi ‘foto kahwin’ Nabila Razali dan MK K-Clique terjawab! Rupanya hanya teaser MV lagu baharu... “Ini bukan gimik” ARTIKEL BERKAITAN: Marketing menjadi! Sebelum lancar Daqmie sudah jangka lagu ‘Casablanca’ akan meletup... bakal tampil single kedua AishaHanim dianggotai Syazara Aisha Abu Bakar dan Hanim Fariza Abu Bakar berkongsi perkara itu ketika pelancaran dua single mereka, Tinggalan Cinta dan Dua Muka di Petaling Jaya baru-baru ini. Lebih menarik lagi apabila lagu Tinggalan Cinta ciptaan Omar K dan Hanis Rafi serta lirik oleh Firdaus Rahmat turut terpilih sebagai runut bunyi sebuah drama yang bakal disiarkan tahun hadapan. AishaHanim lancar dua single terbaharu. “Bagi kami, ini satu rezeki apabila pihak JS Pictures memilih Tinggalan Cinta bagi drama mereka tahun hadapan. Memang teruja sangat. Ini kali kedua kami bekerjasama dengan produksi itu selepas lagu Angkara. “Malah Dua Muka juga merupakan sebuah lagu bergenre pop dan catchy yang juga dicipta oleh komposer dan penulis lirik yang sama,” kata Syazara. Sementara itu, Hanim pula memberitahu video muzik kedua-dua lagu juga sudah boleh ditonton di YouTube dan semua platform digital. "Video muzik Tinggalan Cinta dilakukan di Pulau Redang dan menampilkan pelakon, Iqram Dinzly. Manakala untuk Dua Muka pula, kami menampilkan Tiktoker popular, Uwais," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI