RAMAI peminat melahirkan rasa kecewa apabila konsert solo penyanyi Hael Husaini yang sepatutnya berlangsung pada 4 Disember lalu ditangguhkan ke tahun depan. Bagaimanapun bagi memujuk peminat yang 'merajuk' dengannya, Hael atau Hal Husaini Ramzi, 34, tampil dengan lagu terbaharu berjudul Sayang Do You Love Me? sebagai hadiah kepada semua pengikut setianya. Hael memberitahu meskipun jadual seninya padat dengan pelbagai aktiviti namun dia tetap mencari ruang bagi menghargai peminat yang tidak henti-henti menyokong karier seninya selama ini. Hael berharap lagu ini dapat diterima baik oleh peminat "Walaupun sibuk, saya masih mahu berkarya dan lagu ini adalah buktinya. "Saya inginkan sebuah karya yang ringan dan santai seperti lagu Kelentang-Kelentong untuk pendengar," katanya kepada mStar. Berkongsi lanjut mengenai Sayang Do You Love Me?, Hael memberitahu lagu tersebut masih mengekalkan genre pop walaupun ia mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang mengharungi pelbagai cabaran dalam hubungan. ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Hael Husaini tunda, penganjur harap peminat tidak kecewa... bakal janjikan persembahan lebih bertenaga ARTIKEL BERKAITAN: Isu masuk kelab gay di Korea Selatan, ada sebab Hael Husaini tutup mulut! Kali ini, Hael kembali bekerjasama dengan komposer Ezra Kong yang cukup terkenal menghasilkan beberapa lagu popularnya seperti Jampi, Hajat dan Haram. "Lagu ini masih mengekalkan genre pop, cuma pada kali ini saya memilih lagu yang lebih santai tentang percintaan. "Saya mula rakam lagu ini selepas single Sama Seperti Dulu dilancarkan dan selepas berbincang, kami memilih untuk menyiapkan lagu ini sepenuhnya," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI