suria

"Jangan ambil kesempatan" - Ungku Ismail gesa netizen bantu ‘report’ berita palsu tentang Nad Zainal

Ungku harap tiada yang cuba ambil kesempatan sebar cerita tidak benar.

PELAKON Ungku Ismail meluahkan rasa kecewa susulan tular berira berbaur fitnah tentang kesihatan rakannya iaitu Nad Zainal yang kini sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Selain memohon perkara tersebut dihentikan, Ungku dalam masa sama berharap netizen dapat memberi kerjasama supaya menekan butang 'report' jika terlihat isu tersebut di sosial media.

"Berita yang keluar sebelum ini amat mengecewakan. Saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan buat cerita.

ijat

Pengarah Sharulezad (kanan) sebelum ini juga kecewa susulan isu berita palsu.

"Kalau anda semua prihatin, boleh cuba repoet untuk elak perkara begini berleluasa. Kalau bukan dari sumber sahih, kita boleh ambil tindakan," katanya.

Ungku berkata demikian dalam satu perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan terkini Nad, Ungku memaklumkan keadaannya masih sama seperti dilaporkan pada Sabtu lalu yang mana Nad masih direhatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang sejenis tak ada hati perut ke?” - Ada pihak tergamak sebar fitnah, Shahrulezad minta henti sebar berita palsu keadaan Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN: Paru-paru belum cukup kuat bernafas sendiri, Nad Zainal kembali direhatkan

"Tidak ada apa-apa untuk saya update. Nad masih di ICU untuk proses pemulihan," jelasnya ringkas.

Dalam masa sama, Ungku juga memberitahu lebih memberi fokus kepada tahap kesihatan Nad sekarang ini berbanding untuk mengambil tahu akan cerita-cerita yang tidak benar.

Dia juga sekali lagi sempat mengucapkan penghargaan buat peminat yang tidak putus-putus bertanya khabar selain menyampaikan sumbangan menerusi tabung dana yang dilancarkan sebelum ini.

nad 11

Nad kini masih berada di ICU.

"Dalam keadaan sekarang ini fokus utama saya adalah tahap kesihatan Nad," tegasnya.

Pada Sabtu lalu, Ungku memaklumkan keadaan paru-paru Nas masih belum kuat dan disebabkan dia kembali direhatkan selepas mula sedar sehari sebelumnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain