suria

Ikut trend TikTok, Uyaina Arshad ditegur bergurau soal neraka... “Jangan kerana trending kita melampaui batas”

Uyaina dikecam gara-gara bergurau isu neraka.

GURAUAN antara rakan-rakan adalah perkara biasa malah ia sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan yang terjalin.

Bagaimanapun gurauan tak bertempat boleh menyebabkan seseorang terasa hati atau lebih malang dalam dunia media sosial hari ini, dikecam netizen.

Itu yang terjadi kepada pengacara Uyaina Arshad yang menjadi bualan hangat warganet yang menyifatkan dia bergurau tidak kena tempat apabila membuat sebuah video di Tiktok bersama rakannya, pelakon Bella Dally.

Menerusi video tersebut, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, secara berseloroh tidak mahu masuk neraka seorang diri dan mahu mengheret Bella sama bersamanya.

Uyaina dikecam ikut trend TikTok.

"Tuhan jika suatu hari aku masuk neraka, maka masukkanlah juga temanku. Temanku lebih banyak salah daripada aku, masa aku masuk sendiri Tuhan?," katanya.

Uyaina berkongsi perkara tersebut menerusi TikTok yang menggunakan audio Moodnya yang sedang trending di laman sosial tersebut.

Meskipun hanya mengikut trend Tiktok, perkara itu nampaknya tidak disenangi oleh pengikutnya yang menganggap soal syurga dan neraka bukan perkara main-main yang boleh dibuat jenaka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak reti duduk diam! Uyaina Arshad terus kerja selepas habis pantang, belajar berpisah dengan anak

ARTIKEL BERKAITAN: “Paling menyedihkan, ini adalah benar” - Peminat tegur semakin berisi selepas bersalin, Uyaina Arshad usaha dapat berat badan ideal

Sehubungan itu, netizen menegur dan mengkritik tindakannya kerana menggunakan topik berkenaan sebagai content di media sosial demi meraih perhatian.

Bagi mereka, setiap kata yang diluahkan itu akan menjadi doa memandangkan setiap manusia mahu ke syurga dan bukannya neraka.

"Syurga neraka pun jadi gurauan, tak nak macam itu Uyaina... kita doa sama-sama masuk syurga.

"Dekat dalam televisyen nampak bijak tapi bila bab macam ini, macam tak boleh fikir ya. Neraka pun dia buat main... kita ini patut doa masuk syurga.

"Jangan kerana trending kita melampaui batas, jangan meminta. Dia ingat dekat neraka boleh bercakap dengan member ke?," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain