suria

Syura buat parti ‘gender reveal’, impian anak-anak dapat adik lelaki tercapai 

Syura dan suami gembira bakal dapat anak lelaki.

SELEPAS mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada Mac tahun depan, penyanyi Syura Badron mengadakan majlis gender reveal bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Syura atau Zuraidah Badron memaklumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Berita gembira yang dikongsikan penyanyi berusia 36 tahun itu turut disambut dengan loncatan gembira daripada anak-anaknya yang memang mengharapkan ibu mereka mengandungkan bayi lelaki.

Anak Syura gembira bakal dapat adik lelaki.

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan rakan-rakan serta ahli keluarga pasangan tersebut.

Video yang dimuat naik di Instagram itu juga memaparkan beberapa tetamu bermain teka-teki tentang jantina anak sebelum Syura mendedahkan jawapan sebenar kepada tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab suami menangis dapat kejutan, Syura pula kekok hamil lagi selepas 11 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syura bakal timang cahaya mata Mac 2023, suami tergamam dapat hadiah ‘romper’ dalam kotak

Terdahulu, Syura mengumumkan dia sedang hamil lima bulan selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhd Farizat.

Untuk rekod, Syura pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13 dan Muhammad Ifran Aryan, 11 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain