suria

Emma Maembong kunci mulut dakwaan sedang hamil anak kedua, memang mahu keluarga besar 

Emma Maembong mahu anak ramai.

SUSULAN dakwaan sedang hamil anak kedua, pelakon Emma Maembong menyifatkan isu anak adalah perkara sensitif dan enggan menafikan atau mengiyakan khabar angin yang berterbaran tentang dirinya ketika ini.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 30, berkata, selagi tidak memberitahu secara umum, dia lebih selesa untuk tidak berkongsi tentang hal berkenaan namun tidak menolak mahu memiliki keluarga yang besar.

"Kami memang nak ada ramai anak, seramai yang boleh. Buat masa ini, saya tak nak cakap apa-apa. Saya tak mahulah kalau saya kata ya, tapi tidak ada (hamil), saya yang sakit.

"Sama juga kalau tidak ada, kemudian saya tiba-tiba hamil, saya gembira dan bukan semua orang akan gembira melihat kita bahagia," katanya kepada mStar.

emma1 - 1

Emma tidak merancang soal zuriat.

Emma mengulas perkara itu ketika ditemui pada sidang media The Masked Singer Malaysia (TMSMY) musim ketiga yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, aktres berkenaan berkata tidak pernah merancang soal zuriat, tambah pula dia berasal daripada keluarga besar yang mempunyai 11 orang adik-beradik.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong potong rambut pendek, netizen puji nampak lebih muda

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein tampil sebagai juri pula, bergandingan dengan Zul Ariffin dan Shuib dalam The Masked Singer Malaysia

"Saya tiada perancangan soal zuriat, ada yang nak seorang anak, ada pula yang hanya nak anak dua. Saya berasal daripada keluarga yang besar. Kami mempunyai 11 orang adik beradik.

"Lepas pantang saya dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi. Team bola, on the way! Tapi Allah lebih mengetahui. Saya memang mengharap," jelasnya.

Emma berkata, kehidupan bersama suami, Muhammad Shazli Azhar dan anak lelaki mereka mula terasa sunyi kerana sudah terbiasa dibesarkan dalam keluarga yang besar.

Lepas pantang saya dan suami sudah mencuba untuk mendapatkan zuriat lagi. Team bola, on the way! Tapi Allah lebih mengetahui. Saya memang mengharap.

EMMA MAEMBONG

PELAKON

"Suami saya pun mempunyai keluarga yang besar. Kadang bila di rumah rasa sunyi ada suami dan anak seorang sahaja.

"Mungkin huru-hara 'depression' tu yang kita nak. Suasana bising dan bingit di rumah kerana kami membesar dalam keadaan seperti itu. Jadi bila bertiga memang rasa sunyi juga," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Emma merupakan salah seorang juri tetap di program realiti TMSMY musim ketiga bersama Elly Mazlein, Shuib, Zul Ariffin, Sharnaaz Ahmad, Didie Alias, Atu Zero dan Ella Aminuddin.

Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya matai aitu Shariq Gabriel yang berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain