suria

“Tunggu saja minggu depan” - Setahun bergelar ibu tunggal, kecoh Anita Baharom bakal berkahwin

Anita dikhabarkan bakal berkahwin minggu depan.

SUSULAN dilaporkan bakal menamatkan zaman janda minggu hadapan, pelakon Anita Baharom minta peminat menunggu khabar baik daripadanya yang akan dikongsi dalam masa terdekat.

Anita menjawab perkara itu selepas dia didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember ini.

anita1 - 1

Anita enggan mengulas lanjut, minta peminat tunggu dalam masa terdekat.

"Maaf saya sedang sibuk sekarang, apa-apa pun tunggu sahaja minggu depan ya," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, kecoh dikatakan pernikahan aktres berkenaan bakal berlangsung di sebuah dewan di subang Jaya, Selangor manakala majlis kenduri pula pada 23 Disember di lokasi sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Anita Baharom meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Anita Baharom berang tajuk 'misleading' jadi bahan sensasi YouTuber, guna foto bersalin 6 tahun lalu - "Ramai ingat saya sedang terlantar sakit"

Anita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ismadi yang merupakan bekas wartawan penyiaran di unit hiburan TV3 rancangan Melodi.

Bagaimanapun ikatan perkahwin dibina selama 16 tahun diuji apabila Mohd Ismadi meninggal dunia pada 1 Januari lalu.

Allahyarham meninggal dunia dalam tidur di ruang tamu rumah mereka.

Hasil perkahwinan Anita dan Ismadi, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya matai aitu Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain