suria

[V] Ajak tak tidur terkenang anak kena tahan wad, keracunan makanan selepas perlawanan bola sepak di Thailand

PENYAMPAI radio Suria FM, Ajak Shiro memberitahu anak lelakinya mengalami keracunan makanan sehingga terpaksa dikejarkan ke hopsital selepas pulang dari Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Ajak atau Mohd Hanaffi Razak, 36, berkata semasa di Bangkok dia bersama anak kedua iaitu Had Thaqif sempat berjalan-jalan sambil mencuba juadah di sana bagaimanapun hanya anaknya sahaja mengalami keracunan makanan.

"Anak saya nombor dua, dia pergi masuk perlawanan bola sepak dekat Bangkok baru-baru ini. Dekat sana kami jalan-jalan cari makan tapi bila balik dia kata sakit perut... demam, makan pun tak nak... muntah-muntah. Saya dah mula terfikir apa yang kami makan dekat sana.

"Tapi tak nak salahkan makanan mungkin ada punca lain yang kita tak tahu. Kami berlima pun makan makanan street food dekat sana tapi semua okay hanya dia seorang sahaja ada simptom macam itu.

Perkongsian Ajak mengenai keadaan anak keduanya iaitu Had Thaqif.

"Kami bagi dia ubat biasa sahaja tapi tak kebah. Bila tak kebah kami bawa ke klinik tapi masih sama sampai akhirnya kami bawa ke hospital pula. Doktor yang merawat kata dia keracunan makanan dan terdapat jangkitan kuman pada usus dia," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Ajak ada memuat naik video di Instagram miliknya yang memaparkan Had berbaring di katil hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan terus ‘bogelkan’ isu dengan Ajak, Shahrol Shiro kata dialah sahabat paling rapat

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak Shiro tak mahu lagi sertai pertandingan lawak, kini bergelar tenaga pengajar cari bakat baharu

Berkongsi lebih lanjut, Ajak memaklumkan keadaan anaknya semakin membaik selepas menerima rawatan di hospital dan akan terus ditahan di wad selama beberapa hari lagi.

"Bila dah masuk hospital tengok keadaan dia semakin pulih harap-harapnya dia dapat sembuh dengan cepat. Ini hari kedua, doktor kata paling minima dia ditahan tiga hari atau paling lama enam hari ikut kadar kesihatan dia.

"Dia dah boleh main telefon dan tengok televisyen nak bandingkan sebelum ini yang tidur sahaja. Dah mula minta makan okay la itu," katanya lagi.

Ajak bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Sebagai seorang bapa, Ajak memberitahu bahawa dia agak risau melihat keadaan anaknya itu walaupun luarannya dia terlihat kuat.

"Ayah ini nampak sahaja tidak risau, tapi dalam hati dia risau. Bila tengah kerja fikir anak demam... alamak risau pula rasa tapi orang kata ayah ini walaupun risau nak tak nak kena tunjuk gagah bawa pergi hospital suruh tahan dan kuat tapi dalam hati rasa kesian.

"Saya sebagai ibu bapa tak nak anggap perkara ini enteng sampai tidur pun saya fikir kerana takut doktor kata saya dah terlambat hantar dia ke hospital," luahnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain