suria

Alif Satar bertentang mata dengan Mufti Menk dan imam Masjidil Haram, siap dapat bergambar - “Kalau niat benda baik akan dimakbulkan Insya Allah”

Alif Satar syukur berpeluang jumpa Abdul Rahman Al-Sudais.

PEMERGIAN Alif Satar menunaikan ibadah umrah kali ini membawa hikmah besar kepada aktor dan penyanyi berkenaan apabila berpeluang bertemu dengan dua tokoh agamawan yang disegani ketika berada di Makkah.

Kongsi Alif, 32, ketika berada di sana dia berpeluang mendekati Mufti Menk atau nama sebenarnya Ismail Ibn Musa Menk sekali gus bergambar dengan agamawan terkenal berkenaan.

Kata Alif, dia menganggap pertemuan dengan Mufti Menk sebagai satu keajaiban apatah lagi bertentang mata dengan seseorang yang banyak memberi semangat ketika dia melalui fasa sukar dalam hidup.

"Sukacita saya dapat bertemu dengan tuan secara peribadi... terima kasih atas semua video yang anda kongsi, membantu saya melalui masa sukar.

Alif Satar gembira berpeluang jumpa Imam Masjid Haram.

"Semoga Allah permudahkan segalanya buat anda," katanya.

Perkara itu dikongsikan Alif menerusi Instagram pada Rabu yang turut memaparkan aktor berkenaan berusaha mengejar tokoh agamawan itu yang sedang tergesa-gesa menuju ke sebuah tempat.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen ikut tercungap-cungap tengok Alif Satar selesaikan ujian ECG, persiapan awal sertai Ironman kali kedua

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan Segambut sahaja banjir” - Alif Satar kongsi jalan dinaiki air ketika bercuti di Exeter, England

Bagaimanapun rezeki Alif apabila Mufti Menk berhenti untuk menyapanya sebelum merakam foto bersama.

Alif turut memberitahu dia sebelum itu menonton video live Mufti Menk di Instagram yang membuatkan dia sanggup meredah lautan manusia untuk bertemu dengannya.

Tuhan nak beritahu dekat tempat dia kalau niat benda baik akan dimakbulkan Insya Allah.

ALIF SATAR

PELAKON/PENYANYI

"Saya tonton live Instagram dia dan terus berlari ke masjid untuk mencarinya. Saya tahu perkara itu susah kerana terpaksa meredah lautan manusia. Siap tanya cleaner ada jumpa Mufti Menk tak? Dia pun tak tahu.

"Dalam hati saya berkata Insya Allah kalau ada rezeki saya, Allah akan tunaikan. Kemudian dia muncul dan berdoa di sebelah saya. Allhuakhbar," katanya lagi.

Menerusi hantaran lain pula, Alif turut berkongsi rasa teruja apabila berpeluang mendengar ceramah Abdul Rahman Al- Sudais yang merupakan salah seorang daripada sembilan imam di Masjidil Haram.

319695528_878690566491161_4293409196949141438_n

Alif Satar sedang tunaikan umrah bersama rakan-rakan.

"Alhamdulillah tadi kami solat Maghrib, kami berjalan-jalan dan niat dalam hati bagi kami peluang jumpa orang hebat. Sekali Abdul Rahman Al-Sudais lalu di belakang saf kami.

"Tuhan nak beritahu dekat tempat dia kalau niat benda baik akan dimakbulkan Insya Allah," ujarnya.

Pun begitu, Alif meluahkan rasa rugi apabila tidak memahami ceramah yang diberikan memandangkan ia dalam Bahasa Arab.

"Hari ini rezeki kami di Masjid Nabi, terserempak dengan Imam Masjid Haram. Tapi itulah... rugi tak belajar bahasa Arab. Sempat record audio nak tanya ustaz esok," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain