suria

Ashira undur diri daripada dunia hiburan, minta wartawan tak lagi tulis cerita tentang dirinya

Ashira bukan lagi public figure, mahu jalani kehidupan biasa.

SUSULAN pengumuman mengundurkan diri daripada dunia seni, penyanyi Ashira Aziz meminta pihak media tidak lagi menulis sebarang cerita mengenai dirinya selepas ini.

Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, berkata, dia tidak mahu lagi ditemu bual wartawan dan mengucapkan terima kasih atas sokongan diberikan sepanjang 20 tahun penglibatannya sebagai anak seni.

"Hurm, ini yang terakhir okay. Selepas ini jangan tulis apa-apa cerita lagi tentang saya tau.

"Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan... saya minta maaf, saya tidak mahu ditemu bual. Selamat tinggal," katanya.

a1 - 1

Ashira ingin hidup bersama keluarganya tanpa perhatian ramai.

Ashira berkongsi perkara itu menerusi Instastory yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Rabu.

Sebelum itu, bekas peserta program Gegar Vaganza (GV) tersebut memberitahu kedatangan 2023 adalah masa terbaik untuk dia memberi fokus kepada keluarga tanpa mendapat perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat Ashira terus dikecam, Bad Indigo dedah punca cerai... mohon maaf kerana pentingkan diri

ARTIKEL BERKAITAN: Bertemu 'crush' lama, Ashira buka hati bercinta semula tapi trauma nak kahwin lagi... "Jujur sayang masih ada"

Penyanyi itu turut memohon orang ramai untuk menghormati keputusan yang dibuat untuk meninggalkan bidang seni.

"Tolong hormati keputusan ini. Biarkan saya teruskan kehidupan bersama anak lelaki dan keluarga tanpa sebarang perhatian.

"Saya, Ashira Aziz mengundurkan diri sebagai public figure. Selamat tinggal kawan-kawan," katanya.

ss

Ashira mohon maaf kepada semua peminatnya.

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan memohon kemaafan kepada peminat kerana tidak dapat meneruskan perjalanan dalam dunia hiburan ini lagi.

"Terima kasih atas sokongan terutama buat peminat saya dari dahulu sehingga sekarang. Saya mohon maaf tidak dapat meneruskan perjalanan ini.

"Anda boleh saja 'unfollow' atau 'unfriend' saya (dalam media sosial). Bye-bye dunia tipu-tipu. Ashira Aziz ucapkan selamat tinggal," katanya.

Bagaimanapun, hantaran yang dibuat menerusi Instastorynya itu telah pun dipadam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain