suria

Komen pedas Sheila Rusly sebagai peringatan, 4 kumpulan berentap separuh akhir ‘Dapur Tempur’

Sheila Rusly (Kanan) dan Cef Adu Amran (Kiri) ditugaskan sebagai juri tetap dan Yasmin Hani (Tengah) sebagai hos.

SEJAK kebelakangan ini nama pelakon dan pengarah Sheila Rusly menjadi perhatian ekoran dakwaan dia dikatakan bersikap biadab terhadap peserta program Dapur Tempur yang memperlihatkan dia bertindak sebagai juri.

Pengurus Besar Pengurusan Kandungan dan Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman berkata, Dapur Tempur adalah program realiti yang tentunya akan ada saat dramatik, cabaran dan emosi melibatkan peserta.

Malah Shiela dan seorang lagi juri tetap, Chef Adu Amran memainkan peranan mereka dengan memberi komen dan hala tuju sebenar kepada peserta agar mereka melakukan yang terbaik.

"Setiap nasihat atau teguran yang disampaikan juri adalah sebagai peringatan dan ilmu penting untuk peserta kekal fokus dan tidak melakukan kesilapan.

Untitled design (46)

Peserta Pendekar Malaya dan Masam Manis.

"Selain peserta, penonton juga akan memberi tumpuan kepada senario yang berlaku dalam program tersebut," katanya kepada mStar.

Dapur Tempur yang bersiaran sebanyak lapan episod bakal memasuki pusingan separuh akhir pada 15 Disember (hari ini).

ARTIKEL BERKAITAN: Komen pedas Sheila Rusly teruk dikecam peminat, Norman Abdul Halim pula kagum... “Suntikan nafas baharu dalam program TV”

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu riuh tapi tiba-tiba senyap... Vida tertidur ketika buat live, netizen pula tuduh ‘marketing’ murahan

Pada pusingan itu bakal memperlihatkan empat kumpulan bakal berentap bagi merebut tempat pusingan akhir pada minggu berikutnya.

Mereka adalah kumpulan Pendekar Malaya yang juga pasangan bapa dan anak saudara iaitu Mohd Haizal Ismail, 47, dan Irfan Hariz S Miswandi, 20 dan pasangan suami isteri Masam Manis iaitu Syed Abdul Muiz Syed Zulkifli, 38 dan Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal, 31.

Dua lagi kumpulan adalah gandingan adik beradik Seketul Rasa iaitu Idziatul Shima Samarudin, 42, dan Muhammad Hanis Samaruddin, 32 serta ibu dan anak, Sudap Sudip Halifah Jaafar, 59 dan Muhammad Arif Haron, 37.

Pasangan Seketul Rasa dan Sudap Sudip.

Sementara itu, Khairunnisa memberitahu Dapur Tempur berjaya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara peserta yang bertanding dalam berpadu tenaga memastikan hidangan disediakan memikat hati juri profesional.

"Peserta terdiri daripada ahli keluarga sebagai contoh ada suami isteri, ibu dan anak, biras, pakcik dan anak saudara serta adik beradik.

"Mereka akan menunjukkan komitmen yang tinggi kerana sering memasak untuk hidangan seisi keluarga," katanya.

Peringkat separuh akhir Dapur Tempur akan bersiaran pada pukul 8.30 malam di TV9.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain