suria

[V] Puteri Sarah sanggah gila harta Syamsul Yusof, ibu mentua pula kenang nasib cucu - “Ada tangan kejam memisahkan mereka”

BELUM reda isu Syamsul Yusof dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar, terbaharu pelakon Puteri Sarah Liyana dikatakan gilakan harta milik suaminya.

Puteri sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, sebaliknya dia tidak pernah mengejar kekayaan Syamsul kerana masih mampu mencari pendapatan sendiri tanpa mengharapkan sesiapa hasil berlakon.

Malah, Puteri Sarah memberitahu bersyukur dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan mampu membawa anak-anaknya bercuti ke luar negara tanpa meminta wang daripada Syamsul.

"Alhamdulillah, rezeki tak putus. Sekarang nak berkemas untuk trip Tokyo sebab esok dah nak berlepas.

sarah3 - 1

Perkongsian Sarah di instastory.

"Work hard play hard. Cuma saya terfikir kenapa pula saya dikatakan nak harta suami? Pergi bercuti pun guna duit sendiri," katanya.

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi instastory yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sementara itu ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Fatimah Ismail turut berkongsi rasa sedih mengenangkan nasib kedua orang cucunya yang memerlukan kasih sayang seorang bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh peminat dedah Syamsul Yusof nikah Ira Kazar! Puteri Sarah kata, "soroklah selagi boleh sorok"

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut rumah tangga belum berkesudahan, Puteri Sarah Liyana tak dapat jangka apa bakal berlaku tapi harap perkara positif

Menurut Fatimah, perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah mendapat restu keluarga namun ada tangan kejam yang ingin memisahkan mereka.

"Mereka (cucu) memerlukan sokongan seorang ayah yang akan membela nasib mereka.

"Namun ada tangan yang kejam memisahkan mereka," katanya menerusi perkongsian di Instastory miliknya.

Sebelum ini, menerusi hantaran berbeza di Instagram, Fatimah seakan-akan memberi bayangan tidak merestui jika anak lelakinya itu benar-benar telah berkahwin dengan Ira.

sarah4 - 1

Perkongsian daripada ibu Syamsul Yusof, Datin Fatimah Ismail.

Ia ekoran timbul khabar angin mengatakan pengarah filem itu didakwa sudah melangsungkan perkahwinan dengan Ira.

Puteri Sarah yang menganggap dirinya teraniaya apabila diberitahu mengenai perkara itu bagaimanapun berharap kedatangan 2023 dapat membongkar segala-galanya.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain