suria

Lebih 2 minggu tahan sakit akibat ditendang kuda, akhirnya Ashraf Muslim selamat jalani pembedahan

Ashraf masih berada di hospital selepas prosedur pembedahan pada Khamis.

PELAKON Ashraf Muslim selamat menjalani pembedahan akibat kecederaan pada tulang bahu kiri di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya (UMSC), Kuala Lumpur pada Khamis.

Menurut Ashraf atau Muhd Ashraf Muslim, 41, dia terpaksa melakukan prosedur tersebut susulan kejadian ditendang kuda ketika menyertai sebuah program perlumbaan di Penn Endurance Cherating Beach pada awal Disember lalu.

"Selepas kejadian tersebut saya rasa okey sahaja. Bagaimanapun tidak lama kemudian bahu saya membengkak dan pergerakan menjadi sukar.

ashraf 33

Ashraf tidak menyangka kceraa sebelum ini serius sehingga perlu permbedahan.

"Apabila melakukan pemeriksaan X-ray tulang bahu saya dislocated (tulang terkehel atau beralih) dan terpaksa menjalani pembedahan.

"Syukur segalanya berjalan lancar dan sekarang saya masih berada di hospital... masih terasa sakit akibat kesan jahit pembedahan tersebut," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Tambah Ashraf dia juga perlu menjalani latihan fisioterapi selepas pembedahan bagi memastikan keadaan bahunya kembali pulih seperti biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahu kiri cedera, Ashraf Muslim kena tendang dengan kuda sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Enot jatuh bilik air, kaki patah dan lutut retak... anggap kejadian ‘pengenalan’ di rumah baharu

Dalam masa sama, Ashraf juga belum pasti tempoh penyembuhan dan waktu sesuai untuk dia kembali berlakon dan melakukan aktiviti sukan berkuda seperti sebelum ini.

"Seperti biasa selepas pembedahan akan ada sesi fisioterapi untuk pastikan keadaan bahu saya boleh bergerak dengan baik.

Kalau boleh memang nak segera pulih agar dapat bekerja seperti biasa dan saya boleh kembali bersukan

ASHRAF MUSLIM

PELAKON

"Mujurlah sekarang saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran. Namun ada juga yang memberi tawaran berlakon. Saya pun tak tahu nak jawab bagaimana memandangkan belum tahu berapa lama akan pulih.

"Kalau boleh memang nak segera pulih agar dapat bekerja seperti biasa dan saya boleh kembali bersukan," ujarnya.

ashraf 22

Gambar yang dikongsi Ashraf selepas ditendang kuda.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya sebelum ini, Ashraf berkongsi mengenai insiden itu dan memaklumkan dia tidak dapat menyelesaikan perlumbaan 40 kilometer itu.

Ashraf berkata dia terjatuh dan ditendang oleh kuda sebanyak dua kali.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain