SELEPAS sebulan dimasukkan ke hospital, pelakon Nad Zainal bakal membuat siaran langsung di TikTok miliknya pada pukul 8 malam Sabtu. Difahamkan, kemunculan Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, menerusi siaran langsung itu bagi berkongsi perkembangan terkini keadaan dirinya selepas menerima rawatan akibat pendarahan dalam paru-paru. "Assalamualaikum WBT. Jumpa di live TikTok pada 8 malam," tulisnya. Nad Zainal bakal kongsi keadaan terkini dirinya. Nad berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu. Bagaimanapun, pelakon itu menutup bahagian komen hantaran berkenaan. Sebelum ini, pengarah tersohor, Shahrulezad Mohammedin memaklumkan Nad sudah mampu berbual dan ketawa serta menunjukkan perkembangan positif. ARTIKEL BERKAITAN: Nad Zainal sudah keluar ICU, boleh berbual dan ketawa ARTIKEL BERKAITAN: Perkembangan terkini Nad Zainal... Ungku Ismail maklumkan masih berehat, wang sumbangan RM270,000 diguna untuk rawatan dan sedekah Malah, Shahrulezad juga memberitahu pelakon berkenaan telah dipindahkan daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa. "Untuk pengetahuan korang, keadaan Nanad (panggilan Nad Zainal) sekarang tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak di intubated. "Malah, Nanad dah sedar. Dia juga sudah boleh berbual dan bergelak ketawa. Dia sudah boleh ke tandas sendiri walaupun kami melarang kerana paru-parunya masih belum kuat," katanya. Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI