suria

Sengaja kongsi gambar pegang tangan, Hariz Hamdan tiada niat cipta kontroversi

Hariz dan Abby hanya teman rapat.

MENOLAK mencipta kontroversi demi menaikkan nama dalam industri seni, pelakon Hariz Hamdan bagaimanapun tidak menafikan dia sengaja memuat naik gambar berpegangan tangan dengan personaliti media sosial dikenali sebagai Abby.

Kata Hariz, 20, tujuan sebenar gambar tersebut dimuat naik adalah untuk mempromosikan drama lakonan mereka namun tidak menyangka ia menjadi bualan ramai.

"Bukanlah sengaja mahu cipta kontroversi. Tak pernah terfikir pun nak buat cerita sebegitu untuk naikkan nama sebagai seorang pelakon.

hariz 22

Kongsi gambar di media sosial hanya untuk promosi drama.

"Kami sengaja muat naik gambar tersebut untuk promosikan drama. Memang dah rancang untuk tarik perhatian ramai. Namun tak sangka pula ada yang anggap kami bercinta," katanya kepada mStar.

Hariz dan Abby sebelum itu memuat naik gambar mereka berdua berserta kapsyen yang mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani tayang badan dalam drama, Hariz Hamdan dituduh sanggup buat apa sahaja demi populariti

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar dari pengalaman... Hariz Hamdan serik nak dedah umur, terkilan pelakon senior layan macam budak-budak

Menerusi ruangan komen, mereka juga saling berbalas tanda hati seperti menguatkan lagi dakwaan cinta sedang berputik antara mereka.

Malah ada juga peminat yang mendoakan agar mereka akan bahagia bersama.

"Kami tak bercinta pun. Ambil gambar itu sekadar suka-suka dan memang sengaja muat naik di laman sosial.

Tak pernah terfikir pun nak buat cerita sebegitu untuk naikkan nama sebagai seorang pelakon.

HARIZ HAMDAN

PELAKON

"Abby dan saya berlakon sama. Kami hanyalah kawan sahaja. Tiada hubungan istimewa pun antara kami. Hanya bercinta dalam drama sahaja," ujarnya.

Dalam masa sama, Hariz juga enggan ambil serius dengan komen peminat yang keliru dengan perkongsiannya itu.

hariz 33

Hariz tiada niat cipta kontroversi.

Menurut Hariz tidak ada apa yang perlu dijelaskan memandangkan mereka bukanlah pasangan bercinta seperti yang diharapkan oleh peminat.

"Biarkalah orang nak komen atau kata kami bercinta. Kalau ada yang kata kami sengaja cipta kontroversi pun saya tak ambil peduli.

"Orang sekeliling pun tahu apa sebenarnya berlaku. Jadi tak perlu ambil serius sangat hal begini," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain