suria

Wajah Aisha seiras anak Puteri Sarah... Fasha Sandha kata sejak hamil tatap foto Sumayyah, siap minta tip kulit cantik

Aisha Amaira Aidil muka seiras dengan Sumayyah Mohd Syamsul.

ANAK kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Aisha Amaira Aidil menarik perhatian netizen apabila dikatakan mirip seperti anak pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof iaitu Sumayyah.

Mengulas mengenai perkara itu, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 38, memberitahu semasa mengandungkan anak ketiganya itu pada tahun 2019, dia kerap melihat foto Sumayyah kerana tertarik dengan kecomelan kanak-kanak itu.

"Dulu masa hamil, selalu tengok gambar Sumayyah. Hampir setiap hari sebab dia bayi yang cantik.

Perkongsian yang dimuat naik Fasha di akaun Instagram

"Sekarang Aisha dah besar, dah dua tahun tiga bulan," tulisnya menerusi Instastory.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik paparan skrin perbualannya bersama Puteri Sarah.

Sementara itu, Fasha turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya itu membesar sihat dan mempunyai kulit yang cantik serta muka seiras Sumayyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha anjur majlis solat hajat buat Nad Zainal, terharu kehadiran ramai rakan artis dan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar ‘jabatan netizen’ akan jalankan tugas, Fasha Sandha profesional dan tahu batasan dengan pelakon lelaki

"Sekarang Aisha dah besar dan kulit dia cantik sangat sebab saya kan tengok gambar Sumayyah masa mengandung dulu," katanya.

Malah, Fasha memberitahu semasa mengandungkan anak perempuannya itu, dia turut meminta tip daripada Puteri Sarah untuk mendapat anak mempunyai kulit cantik.

Aisha kini berusia dua tahun tiga bulan

"Doakan bayi saya secantik Sumayyah. Bagi tips macam mana nak dapat bayi cantik dan sihat macam anak awak," katanya.

"Beb, minum birdnest. Kulit baby mesti cantik.

"Saya banyak minum birdnest sebab bagus untuk awak dan baby," jawab Sarah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain