suria

Sedia terima komen pedas juri ‘Famili Duo’, Shaffiq Erwin akui terbeban bawa gelaran guru vokal

Shaffiq dan Ara bergandingan dalam program Famili Duo.

PESERTA Famili Duo Shaffiq Erwin terbuka sekiranya menerima komen pedas juri mahupun netizen tentang persembahannya bersama rakan duet Ara Johari meskipun dia juga merupakan seorang guru vokal.

Shaffiq, 31, berkata, dia sebenarnya terbeban dengan gelaran tersebut kerana ia membuatkan orang ramai menganggap dia mahir dalam nyanyian dan tidak akan membuat sebarang kesalahan di atas pentas.

"Orang luar anggap bila guru vokal mesti kena sempurna dan tak boleh buat salah... tapi saya juga manusia biasa dan tetap melakukan kesilapan.

Shaffiq Erwin terbeban dengan gelaran guru vokal di pentas Famili Duo.

"Itu yang menakutkan saya sebab baik dan buruk orang tetap akan komen, jadi saya hanya fokus untuk lakukan yang terbaik buat diri sendiri," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shaffiq berkata, dia sedang belajar untuk lebih tenang ketika berada di pentas dan tidak terlalu berfikir tentang memberi persembahan sempurna kerana bimbang memakan diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Berani komen nyanyian sumbang Ifa Raziah, guru vokal tampil beri penjelasan... “Saya sedar masih baharu tapi tanggungjawab mendidik”

ARTIKEL BERKAITAN: Soal usia jadi isu, Saida dan Saerah janji buat perubahan minggu kedua Famili Duo - “Kami akan tukar ‘makcik-makcik’ kepada ‘adik-adik’”

Akuinya, dia terlalu banyak berfikir tentang pandangan orang lain dan lebih bersikap kritik terhadap diri sendiri.

"Beban saya sekarang bukan juri atau persaingan peserta lain tetapi diri sendiri kerana terlalu banyak berfikir sehinggakan Ara sendiri tegur agar saya kena lebih tenang," katanya.

Shaffiq dan Ara terima segala komen juri tetap sebagai tips.

Berbeza dengan Ara, penyanyi itu pula memberitahu sudah terbiasa dengan komen pedas juri namun menganggap ia sebagai pelajaran dalam memperbaiki diri.

Apatah lagi kata penyanyi berusia 25 tahun ini, dia sendiri sedar mempunyai banyak kekurangan dan program seperti Famili Duo dapat memberinya peluang memperbetulkan kesilapan yang tidak disedari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain