suria

Yamani Abdillah mahu lari daripada bayangan bapa, tak terasa hati dibandingkan dengan adik sendiri 

Yamani dan Zaki beraksi dalam Famili Duo.

PENYANYI Yamani Abdillah tidak terasa hati apabila nyanyiannya dibandingkan dengan adik sendiri, Zaki Abdillah apabila mereka bergandingan dalam program Famili Duo.

Yamani atau Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 21, berkata, dia sebenarnya bangga dengan bakat nyanyian dimiliki Zaki dan tidak mengambil hati dengan komen juri terhadapnya.

"Saya bangga sebab dia boleh buat lebih daripada saya... dia seorang penyanyi yang bagus.

"Kalau orang cakap adik saya lagi bagus, saya tak ambil hati. Saya akan cabar diri untuk buat lebih baik. Kita akan sama-sama membantu," katanya kepada mStar.

Yamani tak terasa dibandingkan dengan adik.

Mengulas mengenai terbawa-bawa identiti bapanya, Yamani memberitahu sukar untuknya lari daripada bayangan Jamal kerana mereka memiliki suara yang hampir mirip.

"Sejujurnya saya nak lari daripada identit Babah (panggilan buat Jamal) agak sukar kerana suara pun hampir sama. Tapi kalau nyanyi lagu orang lain akan nampak beza.

ARTIKEL BERKAITAN: Yamani tak campur konflik Zaki, Jamal Abdillah... Sedia jadi orang tengah bantu ayah dan adik berdamai

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani dikejarkan ke hospital, pengsan ketika jawab peperiksaan di sekolah

"Tapi kalau menyanyikan lagu Babah akan automatik sama, sebab itu kami tak ambil lagu dia... saya memang elak lagu Jamal Abdillah," jelasnya.

Sementara itu, Zaki Abdillah, 16, berkata, dia sememangnya mahu menjadi dirinya sendiri sejak dari awal menceburi bidang nyanyian lagi.

Pun begitu, dia bimbang sekiranya suaranya akan akan turut mirip bapanya apabila usia semakin meningkat.

317088370_867534831042293_7464487965573710352_n

Yamani dan Zaki terima kata semangat dari bapa sebelum beraksi.

"Saya sejak mula-mula masuk dalam idustri saya memang nak lari dari bayangan Babah, masa itu suara saya kecil lagi. Saya cuma takut bila suara saya berubah apabila masuk umur 17 nanti... saya tak nak kalau boleh," katanya.

Dalam pada itu, dua beradik ini juga memaklumkan menerima kata-kata semangat dari bapa mereka sebelum berentap di atas pentas Famili Duo pada Ahad lalu.

"Babah ada WhatsApp kami sebelum dan selepas persembahan. Dia kata good luck, buat dengan tenang dan jangan gelojoh," ujar mereka.

Untuk rekod, Yamani adalah anak Jamal hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof manakala Zaki pula bersama Fatimatuzahra Samad.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain