suria

Tangki oksigen gagal berfungsi, bekas Miss Grand Malaysia 2022 Vivienna Alfred cemas sukar bernafas di dasar laut

Pengalaman hampir lepas buatkan Vivi lebih bersemangat.

PENGACARA Vivienna Alfred berkongsi detik cemas apabila tangki oksigen yang digunakan tidak berfungsi ketika dia menyelam ke dasar laut semasa menjalani penggambaran program berjudul Deep C.

Vivienna atau Vivi memberitau dia panik dan tidak dapat berfikir cara-cara terbaik untuk menyelamatkan diri dalam waktu kecemasan sebegitu.

“Ada satu hari, tangki oksigen saya tidak berfungsi secara normal sewaktu sudah berada di dasar laut. Saya tidak boleh bernafas sekali gus sangat panik dan mahu cepat-cepat naik ke permukaan tanpa ikut prosedur betul.

vivi 1

Vivi tidak serik untuk terus melakukan aktiviti menyelam.

“Mujur jurulatih selam saya ketika itu sangat profesional menangani situasi terbabit dan segalanya dapat diselesaikan secara baik. Memang satu pengalaman yang membuka mata saya,” katanya.

Meskipun pernah berdepan dengan situasi sedemikian, ia tidak mematahkan semangat Vivi untuk terus berkongsi tentang keindahan alam semulajadi kepada orang ramai.

Malah Vivi juga amat teruja kerana melalui program inilah dia dapat mengetahui lebih lanjut tentang hidupan laut yang tidak pernah dilihat dengan mata sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Baca berita pun suara merdu” - Peminat terkejut Siti Nurhaliza buat laporan cuaca RTM

ARTIKEL BERKAITAN: Bajet besar belum tentu hasil filem terbaik, FDAM tengah cari 10 pengarah pelapis bawa Malaysia ke pentas dunia

“Paling menyeronokkan apabila dapat melihat dan mendalami sendiri keunikan makhluk di dasar laut. Setiap lokasi menyelam memiliki keunikannya yang berbeza-beza. Saya tidak sabar penonton melihat sendiri keunikan itu.

“Program ini menyeronokkan selain sangat informatif. Ia berkongsi mengenai topik tarikan pelancongan, latar belakang bersejarah, pengalaman mengenai budaya, kesedaran isu tertentu, perubahan iklim, projek perlindungan dan pemulihan berkaitan penjagaan laut,” ujarnya.

Pemenang tempat kedua pertandingan Miss Grand Malaysia 2022 ini juga memberitahu aktiviti menyelam itu bukanlah sekadar tanggungjawab untuk program berkenaan, malah ia sudah menjadi minatnya sendiri.

Mujur jurulatih selam saya ketika itu sangat profesional menangani situasi terbabit dan segalanya dapat diselesaikan secara baik

VIVIENNA ALFRED

PENGACARA

Tambahnya penglibatan dalam program Deep C adalah sebuah pencapaian yang cukup besar maknanya sepanjang berada dalam industri hiburan.

“Pada 2018, saya lakukan terjun udara di Dubai, selepas itu saya mula terfikir untuk meneroka keindahan dasar laut pula bagi melihat sisi lain dunia pula. Aktiviti menyelam memang sentiasa dalam senarai wajib cuba saya dan akhirnya dapat realisasikannya menerusi Deep C.

“Apabila berada di dasar laut, masa berlalu dengan begitu pantas dan tanpa disedari, kita sudah terlalu letih bila kembali ke permukaan. Sekali menyelam ambil masa sekitar 45 minit dan saya lakukannya sebanyak dua atau tiga kali setiap hari,” jelasnya.

vivi 3

Vivi bersama pasukan produksi Deep C.

Deep C merupakan arahan Sherry Sidek dan mula ditayangkan di saluran TV Okey (saluran Astro 146) pada 24 Disember, setiap Sabtu pukul 9.30 malam.

Program 13 episod ini membawa penonton meneroka keindahan dasar laut di beberapa lokasi seluruh Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain