suria

Minta maaf sebab selalu minta sumbangan, Atu Zero dan isteri resah kenang nasib mangsa ombak besar di Sabah... “Mereka tak meminta, kami mahu bantu”

Isteri Atu Zero mohon maaf kerap sangat minta bantuan untuk rakyat Sabah.

SETIAP kali negeri kelahirannya iaitu Sabah di timpa musibah, pelawak Atu Zero dan isteri, Shafeeqa Johari antara individu awal yang sibuk memberi bantuan termasuk menggunakan medium media sosial bagi meminta bantuan orang ramai yang ingin turut menyumbang.

Terbaharu, insiden 100 buah rumah musnah akibat dipukul ombak berikutan air pasang yang melanda kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah turut membuatkan pasangan itu tidak senang duduk mengenangkan nasib mangsa yang terkesan.

Bagaimanapun, Shafeeqa mewakili Atu sempat memohon maaf kepada orang ramai sekiranya hantaran meminta bantuan di Instagram tidak disenangi oleh segelintir pihak.

Katanya, niat dia hanya mahu membantu orang yang dalam kesusahan memandangkan suaminya sendiri pernah berdepan dengan situasi sama sebelum ini.

321767517_1211243752802782_6728555689020269475_n

Shafeeqa mohon maaf kerana selalu meminta bantuan.

"Terlebih dahulu saya memohon maaf jika saya selalu sangat meminta bantuan. Kami bukan siapa-siapa. Kami hanya ingin membantu saudara-saudara Islam kita di sana.

"Memahami situasi mereka kerana Atu sendiri juga pernah mengalami situasi yang sama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Atu Zero dan isteri hulur bantuan jahit baju PPE - “Tiada duit... ini sahaja yang dapat kami bantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali kena ‘scam’ kerana simpati, Atu Zero hati-hati kongsi kerja amal di media sosial

Perkara itu dikongsikan Shafeeqa menerusi Instagram miliknya bersama beberapa gambar keadaan rumah musnah dipercayai dipukul ombak air pasang baru-baru ini.

Tambah Shafeeqa, dia hanya sekadar mahu mencuba nasib sekiranya ada pihak yang ingin sama-sama membantu memandangkan mereka tidak mampu menghulurkan membantu seorang diri.

"Saya mencuba nasib jika ada diantara followers dan orang semenanjung mahu membantu mereka... tidak mereka meminta, kami yang mahu membantu.

Atu dan isteri kerap menghulurkan bantuan buat rakyat Sabah yang memerlukan.⁣⁣

"Tidak dapat ke laut mencari rezeki dan sememangnya kehidupan mereka susah, hilang lagi tempat berteduh. Saya berseorang tidak mampu bantu semua," katanya lagi.

Dalam perkongsian tersebut, Shafeeqa turut memaklumkan lebih 500 buah rumah lagi turut terancam dipukul ombak berikutan air laut pasang besar yang berlaku pada malam Ahad.

"Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2," kongsinya.

Untuk rekod, Shafeeqa juga sebelum ini turut menghulurkan bantuan dengan menjahit baju pelindung (PPE) untuk petugas hospital semasa musim pandemik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain