suria

Percubaan Saida dan Saerah tampil fesyen bulu burung dan ropol-ropol tak menjadi! Peminat minta rujuk Aina Abdul

Penampilan Siti Saerah dan Siti Saida jadi bualan warganet.

PERCUBAAN peserta Famili Duo iaitu Siti Saerah dan Siti Saida tampil dengan fesyen lebih terkini selepas mendapat kritikan salah seorang juri profesional iaitu Ajai yang menyifatkan gaya mereka seperti makcik-makcik nampaknya tidak menjadi.

Sebaliknya pasangan adik-beradik itu sekali lagi menjadi buah mulut warganet ketika muncul pada minggu kedua program berkenaan yang menanggap penampilan mereka tidak sesuai dan ketinggalan zaman.

Ramai menyifatkan Saida dan Saerah sebagai mangsa fesyen apabila pakaian digayakan tidak bersesuaian dan menyarankan agar menjadi penyanyi Aina Abdul sebagai contoh.

Penampilan Siti Saida dan Siti Saerah dikritik warganet.

"Inilah namanya mangsa fesyen, siapa pereka baju ini? Ketinggalan zaman. tudung pun pakai elok-elok sikit.

"Zaman bila pakai bulu burung ini? Cuba ikut gaya Aina Abdul, walaupun pelik tapi nampak moden sikit," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Soal usia jadi isu, Saida dan Saerah janji buat perubahan minggu kedua Famili Duo - “Kami akan tukar ‘makcik-makcik’ kepada ‘adik-adik’”

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Saida kahwin kali ketiga, Siti Nurhaliza kongsi video majlis resepsi

Dalam pada itu, ada pula netizen minta Saida dan Saerah 'memecat' designer yang mereka pakaian mereka kepada orang lain.

Difahamkan, busana dipakai dua beradik pada pertandingan minggu kedua Famili Duo itu adalah rekaan Anas Abdullah.

"Pereka fesyen dia perlu dipecat dengan segera, tukar orang lain yang lebih sesuai.

321535938_210017234823783_9108034167149324449_n

Warganet minta Siti Saerah dan Siti Saida tukar penampilan lebih menarik.

"Penampilan pun main peranan juga dekat persembahan, jangan pakai macam ini tak sesuai," kata netizen lagi.

Pada pertandingan minggu kedua itu, Saida, 46, dan Saerah, 39, membawa lagu Kejoraku Bersatu yang turut menampilkan pelakon Wan Maimunah dalam persembahan mereka.

Bagaimanapun, persembahan mereka tidak berjaya menambat hati juri sekali gus meletakkan mereka berada di kedudukan terakhir.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain