suria

Nourul Wahab enggan maafkan netizen yang mengecam dirinya sambut Hari Natal

Nourul tidak mahu maafkan netizen.

SUSULAN dikecam kerana menyambut Hari Krismas, penyanyi Nourul Wahab enggan memaafkan segelintir netizen yang menabur fitnah kepadanya.

Nourul atau Noorulhuda Abdul Wahab, 45, berkata, dia sudah berulang kali mengingatkan tentang soal mengumpat dan mengeji tetapi masih ada yang melakukan perkara sama membuatkan dia tidak mahu memaafkan mereka yang memfitnahnya.

"Dah beribu kali dah cakap. Tidak saya ampunkan. Kita semua ada asas agama.

n1 - 1

Instastory yang dimuat naik pada Ahad.

"Mengumpat, mengeji itu dilarang. Tapi tetap dibuat. Itu sebabnya saya tak maafkan.

"Merangkaklah kamu nanti di sana mencari aku," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gembirakan ibu bapa mentua, Nourul sambut Krismas di Bali... "Saya tak pernah letak agama jauh dari hati"

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab jumpa Sajat, ternganga dengar kisahnya di Australia

Nourul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, penyanyi Aku Cinta Aku Rindu itu turut mendedahkan mesej diterima daripada pengikutnya yang meminta maaf atas kesalahan memberi komen negatif tentang sambutan perayaan berkenaan.

Kata Nourul, dia menerima banyak mesej serupa selepas memberitahu tidak mahu memaafkan individu mengecam dirinya.

"Assalamualaikum Puan Nurul. Saya mohon maaf kerana komen saya yang mungkin mengguris hati Puan.

"Saya mendoakan semoga Puan Nurul sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya selalu. Aamin," tulis netizen.

n2 - 1

Nourul dan suaminya, Eric Daniel Depp.

Sementara itu, di ruangan komen, Nourul sempat membidas perbuatan yang dilakukan netizen dengan menyifatkan mereka sudah terlanjur kata.

Kata Nourul, sepatutnya mereka perlu berdoa terlebih dahulu dan barulah menegur dengan berhemah.

"Dah terlajak perahu baru nak berdoa hahaha, Orang doa dulu, baru DM. Tegur. Ni tak. Mengata dulu berjemaah," katanya.

Terdahulu, Nourul menyambut perayaan Hari Natal bersama mentua di kediaman mereka di Bali pada Ahad.

Hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya itu menerima komen negatif apabila ramai mempersoalkan tindakannya menyambut perayaan tersebut memandangkan dia beragama Islam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain