suria

Hael Husaini batal konsert sebab tak sihat, doktor nasihat berehat daripada semua aktiviti seni

Hael Husaini terpaksa batalkan konsert kerana faktor kesihatan.

KONSERT Hael Husaini Live In KL yang sepatutnya berlangsung pada 19 Februari 2023 di Zepp Kuala Lumpur dibatalkan selepas ia ditangguhkan sebelum ini.

Syarikat pengurusan Hael iaitu Rocketfuel Entertainment dalam satu kenyataan media kepada mStar memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan masalah kesihatan dihadapi penyanyi itu yang dinasihatkan berehat dan tidak digalakkan melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.

"Terlebih dahulu kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan di atas pembatalan konsert Hael Husaini Live In KL ini.

"Kebelakangan ini tahap kesihatan Hael tidak berapa baik kerana jual kerjanya yang terlalu padat. Setelah berbincang dengan doktor, dia dinasihatkan untuk berehat daripada segala aktiviti," katanya kepada mStar.

Harap pembatalan konsert ini dapat diterima baik oleh peminat.

Sementara itu, wakil syarikat berkenaan memberitahu pihaknya akan memulangkan semula wang peminat yang sudah membeli tiket konsert berkenaan.

"Saya faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert. Saya beri jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan refund yang penuh.

"Segala pengembalian wang boleh dilakukan pada laman web yang tertera dalam kenyataan media ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini mungkin yang pertama dan terakhir”- Rabbani bikin konsert sempena 25 tahun penglibatan dalam industri muzik

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert tangguh, Hael Husaini pujuk peminat dengan ‘Sayang Do You Love Me?’

Peminat boleh menghubungi talian Ubertickets WhatsApp Hotline 019 5881810 untuk proses pengembalian wang tiket konsert.

Terdahulu, konsert berkenaan sepatutnya berlangsung pada 4 Disember lalu namun ditangguhkan kepada 19 Februari 2023 sebelum dibatalkan.

Hael sebelum ini melahirkan rasa teruja dengan penganjuran konsert tersebut dan menganggap ia sebagai impian menjadi kenyataan selepas 15 tahun menceburkan diri dalam bidang seni tanah air.

Malah penyanyi lagu Jampi itu menyifatkan konsert tersebut sebagai pementasan perjalanan karier seni secara muzikal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain