BAPA kepada Asfan Shah iaitu Shah Rudin Md Noor menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat di kediaman penyanyi dan komposer berkenaan di Shah Alam, Selangor. Allahyarham meninggal dunia pada usia 65 tahun. Berkongsi khabar duka itu, Asfan, 37, memberitahu dia menyedari arwah sudah meninggal dunia apabila melihat arwah sudah tidak bergerak semasa ingin menunaikan solat Subuh. "Semasa saya turun nak solat Subuh, tengok ayah sudah tidak bergerak di dalam biliknya... dia ada kanser paru-paru, dia duduk di rumah saya pun memang pakai alat oksigen selama 24 jam sehari. Bapa Asfan Shah menderita kanser paru-paru sejak beberapa bulan lalu. "Sebelum azan Subuh saya sempat pegang badan dia dan masih lagi terasa panas, mungkin dia baru sahaja meninggal dunia dalam tidur," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Asfan memberitahu Allahyarham jatuh sakit secara tiba-tiba beberapa bulan lepas sebelum disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Aida Aris meninggal dunia, ditemukan tak bernafas di ruang tamu rumah ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Dina Nadzir meninggal dunia "Ayah sakit secara drastik dalam tiga atau lima bulan lepas. Bila buat pemeriksaan penuh dapat tahu dia menghidap kanser paru-paru dan sudah masuk tahap empat. "Apa-apa pun, saya bersyukur Allah ambil ayah saya pada hari Jumaat yang mulia ini," katanya. Sementara itu, Asfan memaklumkan jenazah bapanya akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Shah Alam. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI