suria

Kes Covid-19 melonjak naik, Rita Rudaini tetap pendirian tak mahu vaksin… kembali kongsi petua air cengkih

Rita Rudaini selar tindakan KKM minta rakyat ambil vaksin lagi.

SEJAK kerajaan China mengabaikan polisi ketat sifar Covid-19, negara itu merekodkan lonjakan kes sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai di seluruh dunia.

Apatah lagi pada Khamis lalu dilaporkan separuh daripada penumpang dua pesawat dari China yang mendarat di Milan, Itali positif wabak berkenaan.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 sebagai langkah awal berjaga-jaga ekoran lonjakan kes kebelakangan ini.

Bagi Rita Rudaini, pelakon itu pula sudah bersedia menerima sebarang bentuk kecaman berikutan pendiriannya yang tetap menolak pengambilan vaksin seperti mana diluahkan sebelum ini.

Rita Rudaini kembali bersuara isu pengambilan vaksin.

"Yang ke berapa ini ya? Maaf sistur (panggilan Rita) tak tahu. Dah mula balik kempen 'air penawar' Covid... Habislah sistur diseru macam dua tahun lepas, ratu anti vaksin.

"Zaman sistur berjuang dah tamat... sekarang sistur nak jadi penonton tengok mereka yang dah bertarung untuk tidak divaksin lagi. Selamat tahun baharu," katanya.

Rita berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya dengan memaparkan beberapa kenyataan daripada pihak KKM.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Lonjakan kes Covid-19 di China... pakar beri amaran muncul varian baharu, ikuti nasihat ini

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini dituduh anti vaksin kerana rebus bunga lawang, serai - “Orang macam ni tak boleh buat jiran, suka cakap belakang!”

Dalam pada itu, Rita turut menyelar pihak kerajaan yang menyarankan pengambilan vaksin dan bukannya menutup pintu masuk negara sebagai langkah berjaga-jaga.

"Dah lama dia tak tunjuk muka kesian dia sebab tengah tulis skrip. Bosan betul, apa guna awak suruh depa (mereka) cucuk 1, 2, 3? Kolan dan air tawar pula watak utama. Sedih!

"Ekonomi konon, kalau betul risau fasal rakyat Malaysia, tutup jelah pintu Malaysia daripada kemasukan luar. Yang awak kalut suruh mereka cucuk lagi fasal apa? Otak mana otak?

Kalau betul risau pasal rakyat Malaysia... tutup jelah pintu Malaysia dari kemasukan luar.

RITA RUDAINI

PELAKON

"Ibaratnya jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar. Virus duduk jauh di China tapi awak gigih cucuk orang-orang dekat sini fasal apa? Tutup je lah pintu itu!," katanya lagi.

Sementara itu, Rita berkata, masih terdapat banyak cara lain mengelak dijangkiti Covid-19 seperti mengambil vitamin serta mengamalkan air rebusan cengkih.

Ini kerana kata Rita, sepanjang tiga tahun pandemik melanda dia belum pernah dijangkiti sebarang penyakit termasuk Covid-19 kerana mengamalkan air rebusan tersebut.

Rita minta pihak kerajaan tutup pintu negara.

"Didik orang ramai untuk amalkan suplemen atau pemakanan yang tingkatkan sistem imunisasi. Susah sangat ke? Tak habis-habis cucuk. Itu sahaja ke yang korang boleh fikir. Cucuk satu tak jalan juga, selepas itu cucuk nombor dua... kata tak cukup juga. Bagi sedaih (satu das) booster pun tak cukup lagi? Ini semua kerja gila.

"Rebus je lah cengkih dan segala mak nenek macam sistur ini. Dulu korang gelakkan sistur, gelar miss cengkih. Ini sistur baik hati lagi nak bagi petua.

"Alhamdulillah tak pernah lagi demam atau selesema, Covid ke dalam masa tiga tahun ini. Zero vaksin... guna vaksin ciptaan Allah SWT sahaja. Allah Maha Pelindung... Allah punya kuasa," ujarnya.

Sebelum ini, Rita memang terkenal dengan kelantangannya menolak pengambilan vaksin Covid-19 sehingga dia menjadi mangsa kecaman dan kritikan ramai sehingga menggelarnya anti vaksin.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain