suria

Tak serik kena kecam! Netizen tegur fesyen Masya Masyitah pakai skirt dengan legging ketat … “Cantik macam Kpop tapi seluar tu”

Masya dikecam netizen lagi.

NAMA penyanyi Masya Masyitah sekali lagi menjadi bualan netizen apabila fesyen terkini yang digayakan olehnya dikatakan tidak sesuai untuk gadis berhijab.

Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 22, menerima kecaman apabila tampil dengan seluar pendek yang dipadankan bersama legging putih sewaktu bercuti di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Menerusi Instagram, Masya memuat naik foto dirinya mengenakan pakaian berkonsepkan denim berlatar belakangkan bandar Tokyo.

masya2 - 1

Penampilan Masya sering mendapat perhatian netizen.

"Teruskan berjalan. Pergi melihat semua kehidupan di dunia. Belajar, berkembang dan teroka," tulisnya.

Menjengah ruangan kapsyen, rata-rata peminat tidak senang melihat penampilan itu dan menegur Masya untuk mengenakan pakaian lebih sopan sesuai dengan imej bertudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Masya Masyitah kena kecam lagi! Kali ini imej pintal tudung seperti tocang rambut jadi perdebatan netizen

ARTIKEL BERKAITAN: "Nampak sopan macam ni"... Masya Masyitah kongsi foto terbaharu, penampilan bertudung labuh dipuji

"Cantik baju tu. Macam Kpop... tapi seluar tu balut aurat bukan tutup aurat. Harap baiki lagi penampilan.

"Rindu pakaian awak yang dulu. Tak mengapalah semoga terus istiqamah ya.

"Dah serupa macam tak pakai tudung sebab dengan skirt pendek dan legging ketat lagi. Awak tu berhijab dik. Baju dah elok longgar dan berlengan panjang tapi skirt tu yang tak elok," tulis netizen.

WhatsApp Image 2023-01-04 at 2.11.47 PM

Antara komen yang diterima Masya.

Sebelum ini, Masya sering ditegur peminat gara-gara pemakaian yang dilihat kurang sesuai untuk muslimah.

Untuk info, Masya pernah menjadi juara program realiti kanak-kanak Ceria Popstar pada 2014 dan menyandang gelaran naib juara Bintang Kecil RTM pada 2011.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain