suria

Fatin Afeefa tak bagi sentuh, suami ‘ungkit’ bayar mahal nak kahwin... “Sayang janganlah, ada wuduk ni”

Fatin Afeefa tak nak bersentuhan dengan suami jadi perhatian netizen.

BELUM cukup sebulan mendirikan rumah tangga, gelagat pasangan pengantin baharu iaitu Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang terus mendapat perhatian ramai.

Terbaharu, Aliff secara bergurau memberitahu sudah berhabis duit yang banyak untuk menghalalkan buat hatinya itu namun Fatin atau Nur Afifah Shamsudin, 29, melarang suami menyentuh dirinya.

"Kenapa awal lari? Saya bayar mahal-mahal nak kahwin dengan awak, saya nak pegang awak sahaja," kata Aliff.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi Tiktok miliknya yang turut memaparkan Fatin cuba mengelak daripada bersentuhan dengan suaminya sendiri ketika berada di sebuah kedai makan.

29415416_2008055119207907_1769813150594498560_n

Fatin Afeefa tak nak bersentuhan dengan suami.

Bagaimanapun, Fatin bukan sengaja mengelak daripada bersentuhan dengan Aliff tetapi memberitahu sedang menjaga wuduk dan bimbang ia terbatal.

"Sayang janganlah, saya ada wuduk ni," kata Fatin.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan Fatin Afeefa manja dengan ayah baharu, netizen harap jangan ada yang ‘meroyan’

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi video perkahwinan, netizen minta jangan ungkit lagi kisah lama Fatin Afeefa

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum melihat cara Fatin menjaga wuduknya selain menegur Aliff agar tidak mengungkit tentang bayaran mahal untuk berkahwin dengan pelakon itu.

"Ya Allah jaga wuduk, limited edition betul Fatin Afeefa ini. Selalu nampak isteri yang kacau suami tetapi ini terbalik pula. Solekan mahal sebab itu dia tak bagi sentuh. Semua perempuan mesti pernah rasa.

"Janganlah kata macam itu, bayar mahal-mahal sebab nak kahwin. Kesian Fatin," antara komen netizen.

Fatin Afeefa kongsi gambar mesra lepas nikah.

Untuk rekod, Fatin dan Aliff sah bergelar suami isteri pada 30 Disember 2022 lalu.

Sebelum ini, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercerai pada 30 Mei 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra Spohia, 7 tahun.

Sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain