SUSULAN penularan gambar Nas Ahmad yang dilihat pucat dan cengkung duduk di atas katil hospital baru-baru ini, bekas wartawan hiburan program Melodi itu mendedahkan menderita penyakit jantung sejak Januari tahun lalu lagi. Nas atau Mohd Nasir Ahmad berkata, dia mula merasakan ada sesuatu tidak kena dengan kesihatannya ketika sedang sibuk menyunting video sebelum terasa sakit pada bahagian dada yang berulang. Disebabkan rasa sakit yang kerap, Nas memberitahu dia mengambil keputusan menelefon pihak ambulans sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. "Januari tahun lepas saya terkena serangan jantung di rumah saya. Masa itu saya sedang menyunting video, mula-mula saya malas nak layan rasa sakit itu. Nas Ahmad kena serang jantung semasa di rumah. "Tapi sakitnya berlarutan... saya berpeluh, rasa penat sedangkan duduk dekat rumah. Masa itu jam menunjukkan pukul 3 pagi, saya sendiri yang telefon ambulans," katanya kepada mStar. Cerita Nas lagi, selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, doktor mengesahkan jantungnya mengalami masalah sebelum menerima rawatan susulan di Hospital Serdang. Dalam pada itu, Nas memaklumkan terdapat beberapa rawatan susulan terpaksa ditangguhkan berikutan pemeriksaan doktor mengesan sesuatu tidak kena pada bahagian jantungnya. ARTIKEL BERKAITAN: Wajah pucat, cengkung sampai ramai dah tak kenal... Nas Ahmad ‘Kita Terjah’ derita masalah jantung ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan susut, tidak boleh menyanyi... Ibnor Riza alami tekanan tiba-tiba diserang pelbagai penyakit kronik "Disebabkan Hospital Serdang dijadikan wad untuk pesakit Covid-19, saya terpaksa membuat temu janji baru sebelum menerima rawatan di sana pada 20 Disember lalu. "Pada awalnya doktor ingin melakukan rawatan dipanggil angioplasty iaitu memasukkan belon ke dalam saluran darah bagi memecahkan kolesterol dalam urat, agar darah boleh mengalir dengan lancar. "Sekiranya rawatan itu tidak berjaya, barulah doktor akan melakukan pintasan jantung. Tapi masa nak buat semua itu, pemeriksaan doktor melihat kesan kecil, jadi kena rawat yang itu terlebih dahulu," jelasnya. Sekarang ini semuanya jadi perlahan, berjalan pun dah lambat. NAS AHMAD BEKAS WARTAWAN MELODI "Tapi masa nak buat semua itu, pemeriksaan doktor melihat kesan kecil jadi kena rawat yang itu dahulu," katanya lagi. Tambah Nas, dia juga mengalami bengkak di bahagian kaki, lutut dan pinggang sementara hendak menunggu rawatan yang sesuai buat dirinya. Nas juga memberitahu prestasinya mula menurun sejak diserang penyakit jantung membuatkan dia tidak lagi selincah seperti dahulu. "Prestasi saya menurun, saya pula jenis ke sana ke sini dan pantas lakukan apa sahaja. Sekarang ini semuanya jadi perlahan, berjalan pun dah lambat. Berjalan dari rumah ke tempat letak kereta pun dah rasa mengah. Kaki pula makin berat. Prestasi Nas Ahmad menurun selepas serangan jantung. Tambah Nas, dia juga mengalami bengkak di bahagian kaki, lutut dan pinggang semantara menunggu rawatan sesuai buat dirinya. Nas juga memberitahu keadaan kesihatannya juga turut menurun sejak diserang penyakit jantung membuatkan dia tak lagi selincah dulu. "Prestasi saya menurun, saya pula jenis ke sana ke sini dan pantas lakukan apa sahaja. Sekarang ini semuanya jadi perlahan, berjalan pun dah lambat. Berjalan dari rumah ke tempat letak kereta pun dah rasa mengah. Kaki pula makin berat. "Buat masa ini saya kena menempuh perkara-perkara ini," katanya. Nas turut memaklumkan dia dibenarkan keluar hospital pada 28 Disember lalu namun akan kembali semula menlanjutkan rawatan pada bulan Mac nanti. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI