SUSULAN kekecohan insiden seorang jurulatih menampar muka dua orang pemainnya yang tular baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan anak lelakinya juga pernah mengalami nasib sama satu ketika dahulu. Azhar, 52, memberitahu anak lelakinya, Andika Rees Pahamin, 21, pernah ditampar oleh gurunya namun membuat keputusan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap guru tersebut dan memilih melupakannya. "Anak saya Rees pernah kena lempang dengan cikgu dia. Azhar bersama anak lelaki tunggal, Andika Rees. "Selepas sebulan, saya jumpa cikgu tersebut dan beritahu kepadanya untuk melupakan hal itu," katanya. Azhar berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis. Dalam pada itu, aktor berkenaan tidak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kepada anaknya selaku atlet sukan hoki ais sekiranya ditampar secara terbuka di gelanggang. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kasih Leona dapat perhatian macam 'Superstar', Azhar Sulaiman bimbang nama tenggelam gara-gara kontroversi anak... "Dia pakai sopan tak kata apa pula!" ARTIKEL BERKAITAN: "Pontianak pun pakai longgar-longgar" - Anak Azhar Sulaiman dikecam gara-gara seksi sakan sambut Halloween Namun, dia bersyukur kerana pasukan dan jurulatih anaknya itu sayang kepada Rees. "Kalau sebagai pemain hoki ais Malaysia, dia kena lempang secara terbuka di gelanggang, saya tidak tahu apa akan terjadi. Azhar tidak mengambil tindakan terhadap guru yang menampar anaknya. "Pemain hoki ais kan jenis tahan lasak dan tahan rempuh. Haha! Alhamdulillah, pasukan dan jurulatih mereka sangat sayang kepada Rees," ujarnya. Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang jurulatih menampar muka dua orang pemain bola tampar. Menerusi rakaman yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Mela dilihat menampar dua pemainnya kerana menyebabkan pasukan berkenaan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI