suria

Ibu Chef Wan meninggal dunia

Ibu Chef Wan meninggal dunia.

CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkongsi berita duka kehilangan ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali Cik Ani kira-kira pukul 6.20 pagi, Khamis.

Allahyarham berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.

"Ibu sudah meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi tadi," katanya menerusi kiriman Whatsapp kepada kenalan rapat.

fffff - 1

Allahyarham meninggal dunia pada usia 93 tahun.

Sebelum itu, Chef Wan, 64, menerusi Instagram memberitahu mahu membawa ibunya pulang ke rumah selepas menerima nasihat daripada doktor.

Namun, dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana bimbang rawatan yang diberikan di rumah tidak sebaik di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: "Doakan Cik Ani" - Chef Wan tak boleh lelap mata bimbang ibu 'pergi' dalam tidur

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor nasihat Chef Wan perlu berehat, jangan terlalu khuatir keadaan ibu

"Doktor memberitahu saya dengan membawa ibu pulang ke rumah, dia boleh mendapatkan penjagaan yang lebih berkualiti dengan keselesaan di rumah saya.

"Tapi kan, jauh di dalam sudut hati saya masih bimbang untuk membawanya pulang dan kami tidak boleh memberikannya penjagaan paliatif dengan baik," ujarnya.

WhatsApp Image 2023-01-06 at 1.01.02 PM

Jenazah akan disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.

Selain menderita kanser, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti alzheimer dan dimentia

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain