suria

Shuib kena tempias gara-gara ucap tahniah kepada Syamsul, siap ugut boikot… “Kita raikan orang tengah bahagia”

Shuib hanya mahu raikan rakan yang sedang berbahagia.

KETIKA kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana heboh diperkatakan netizen, nama penyampai radio Suria FM iaitu Shuib turut terkena tempias gara-gara meninggalkan ucapan tahniah kepada pengarah tersebut selepas mengumumkan sudah berkahwin dua.

Melihat ia hanya sekadar ucapan kepada seorang sahabat, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 39, berkata dia terkejut apabila melihat reaksi netizen itu dan berpendapat hal tersebut tidak perlu diperbesarkan.

“Memang terkejut kerana ramai yang kecam dan anggap saya menyokong isu poligami. Ia hanyalah sekadar ucapan apabila orang telah selamat berkahwin.

321916877_185087224135374_8778945891326961232_n

Shuib terkejut reaksi peminat yang sengaja perbesarkan ucapan tahniah.

“Sehinggakan nama saya menjadi bualan di Twitter dan ada yang boikot saya. Saya pun tak faham kenapa ia jadi begitu besar.

“Janganlah sampai begitu sekali. Orang tengah bahagia, kita raikan dia sebagai pasangan yang baru kahwin,” katanya kepada mStar.

Shuib ditemui selepas bersiaran secara langsung untuk segmen Morning Morning Suria di atas kapal pelayaran mewah Cruises Dream pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar yakinkan Puteri Sarah punca Syamsul nikah di Thailand... Tetap sabar menunggu restu ibu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syamsul ‘block’ Puteri Sarah kerana kerap dimaki, susah bawa bincang... “Awak dah tak ada rasa hormat”

Mengakui sedikit terkesan dengan kecaman dan kata-kata negatif netizen, Shuib bagaimanapun percaya perkara yang tular di media sosial sebegini akan cepat dilupakan.

“Apabila ada yang nak boikot, mula juga rasa bimbang. Saya ini ada perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Takut beri kesan kepada produk sendiri.

“Bagaimanapun saya faham isu di media sosial ini tidak akan lama. Mungkin hanya seminggu dua sahaja. Nanti lama-lama orang akan lupa.

Saya secara peribadi tiada masalah dengan isu poligami.

SHUIB

PENYAMPAI RADIO

“Saya secara peribadi tiada masalah dengan isu poligami. Itu bukan satu kesalahan dalam agama,” ujarnya.

Berkongsi perkembangan kerjayanya sebagai penyampai radio, Shuib diberi kepercayaan untuk menyambung tugas di Suria bagi tempoh setahun bermula Januari 2023 selepas kontrak tiga bulan tamat sejak Disember lalu.

“Saya seronok bekerja dengan Suria. Kejayaan yang dicapai oleh Suria juga melibatkan kerjasama semua rakan setugas.

Trio Morning Morning Suria bergambar bersama The Malaysia Book of Records.

“Tahun 2023 juga saya anggap sebagai tahun bekerja. Banyak lagi projek bersama program televisyen dan saya akan lancarkan lagu baru,” jelas.

Trio Morning Morning Suria yang turut dikendalikan oleh Ajak dan Suraya Borhan mencipta sejarah apabila tersenarai dalam The Malaysia Book of Records apabila bersiaran selama dua jam dia atas kapal pelayaran pada Selasa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain