suria

“Sayunya hati saya”... Siti Nurhaliza terharu anak-anak Gaza sambut ulang tahun kelahirannya

Siti terharu diraikan oleh kanak-kanak di Gaza.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza terharu apabila sambutan hari kelahirannya ke-44 diraikan oleh anak-anak di Gaza, Palestin.

Menurut Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, kanak-kanak berkenaan merupakan anak-anak yang bersekolah di tadika Afwa Al Aafiyah, iaitu sekolah yang dibina oleh Yayasan Nurjiwa miliknya dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

"Alhamdulillah, anak-anak saya di Gaza meraikan hari lahir saya. Seramai lebih kurang 60 orang anak-anak ini yang belajar di sekolah atau tadika Afwa Al Aafiyah.

ct2 - 1

Siti meraikan ulang tahun kelahiran pada 11 Januari.

"Sayunya hati saya. Ya Allah lindungilah mereka semua di sana. Aamin ya rabb," katanya.

Siti berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur! Siti Nurhaliza lega berjaya buka sekolah di Gaza, persembahan amal November depan bantu isi dana teruskan projek amal

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza beli rumah pertama di Dubai... Asyraf Khalid tumpang bangga, berseloroh tak perlu lagi sewa hotel

Rata-rata peminat juga terharu melihat video yang memaparkan anak-anak kecil sedang menyanyikan lagu hari lahir.

Mereka turut mendoakan agar kebaikan Siti itu dibalas dengan rezeki berlipat ganda.

"Happy birthday Datuk Siti, semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kekayaan yang berkebajikan, kemudahan dan kebahagiaan dunia akhirat.

"Alhamdulillah, nanti anak-anak ini juga yang akan mendoakan Tokti. Untungnya.

"Terima kasih Datuk Siti, semoga Allah membalas dengan kebahagiaan dan rezeki buat seluruh keluarga," tulis netizen.

ct1 - 1

Nama Aafiyah dan Afwa digunakan untuk pertubuhan sekolah di Gaza.

Penyanyi lagu Cindai ini membuka sebuah sekolah di Gaza yang diberi bersempena nama kedua-dua anaknya, Afwa dan Aafiyah.

Sekolah tersebut menyediakan pendidikan awal dan hafazan al-Quran buat kanak-kanak seawal usia empat tahun.

Kata Siti, pihaknya memperuntukkan sekitar RM10,000 sebulan bagi menampung kos kakitangan, pengajar dan pengurusan sekolah selain membeli buku pelajaran serta makanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain