suria

“Ini amaran terakhir” - Hana Azraa hilang sabar masih diganggu PU Abu

Hana Azraa beri amaran terakhir pada PU Abu sebelum dedahkan kisah sebenar.

KONFLIK membabitkan Pencetus Ummah (PU) Abu dengan Hana Azraa masih belum berkesudahan apabila pendakwah bebas itu didakwa masih mengganggu bekas isterinya itu.

Menerusi muat naik di Instastory, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir berkongsi paparan skrin mesej yang dipercayai diterima daripada Abu.

Dalam mesej yang dihantar oleh Abu itu, dia meluahkan rasa rindu terhadap Hana.

314905916_1237911653447362_5880544159664201306_n

Hana Azraa dedah masih diganggu PU Abu.

Perkara itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang Hana yang turut meminta agar bekas suaminya itu tidak lagi menganggunya.

"Amaran terakhir. Stay away, kalau tidak kamu hanya membuka pekung sendiri. Last. Saya takkan teragak-agak untuk speak the truth.

"Tolong ingat semula segala perkataan yang kamu sebut tentang saya ketika kamu live sewaktu saya berada di Madinah. Last warn, stay away," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Ikut hukum saya bukan lagi isterinya” - Hana Azraa rimas diganggu PU Abu, diekori sampai ke Makkah

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu makin bahagia, bakal timang anak ketiga... Tak lupa mohon maaf kepada isteri - “Wanita biasa mungkin angkat kaki dah”

Sebelum ini Hana berkata dia masih boleh bersabar dengan sikap Abu itu kerana menghormati isteri bekas suaminya itu dan juga anak-anak mereka.

"Saya masih ingat pada hari yang kamu manipulasi semua orang untuk nampak saya bermasalah sewaktu saya sedang berkerja di Madinah. Waktu itu adalah masa terbaik untuk saya cerita.

"Tapi masih bersabar memikirkan periuk nasi awak dan tanggungjawab awak pada anak dan isteri yang sedang mengandung anak ketiga kamu. Ini yang saya dan Mateen dapat?

Tolong kasihankan anak-anak. Cukup untuk mereka membesar untuk tengok bapa yang selfish begini. Cukup!

HANA AZRAA

BEKAS ISTERI PU ABU

"Saya tak nak buat dah semua benda ini tapi makin hari makin melampau. All those word tak tally dengan your action. Tolong kasihankan anak-anak. Cukup untuk mereka membesar untuk tengok bapa yang selfish begini. Cukup!” luahnya.

Untuk rekod, Abu atau Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 28, dan Hana berkahwin pada Mei 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Uwais Al-Mateen yang kini berusia hampir tiga tahun.

Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina musnah selepas setahun mereka berkahwin.

Hana Azraa akui rimas diganggu PU Abu berulang kali.

Kontroversi melibatkan PU Abu bermula apabila dia menceraikan Ain ketika wanita itu sarat mengandung tujuh bulan pada 2019 dan berkahwin dengan Hana sebelum mereka kembali rujuk dua minggu selepas perkahwinan keduanya.

Hasil perkahwinan dengan Ain sejak 2018, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, dan Muhammad Aryan 'Afi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain