PENYANYI Ibnor Riza terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu akibat tekanan darah rendah. Ibnor, 62, memberitahu dia mengalami pening dan muntah-muntah sebelum dibawa ke HKL oleh isterinya bagi mendapatkan rawatan. “Sebelum ini saya mengalami darah tinggi. Semalam (Sabtu) tiba-tiba rasa pening dan muntah. Apabila melakukan pemeriksaan doktor kata tekanan darah rendah pula. Ibnor kini masih dalam pemantauan hospital. “Sekarang ini saya masih lagi dalam pemantauan bagi tekanan darah dan juga tahap gula dalam badan,” katanya kepada mStar. Tambah penyanyi lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu, dia juga sukar untuk bercakap kerana mengalami bengkak pada bahagian leher. Doktor bagaimanapun memaklumkan dia tidak dapat menjalani pembedahan bagi membuang nanah yang terdapat pada bahagian tersebut disebabkan paras gula tinggi dalam darah. ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan susut, tidak boleh menyanyi... Ibnor Riza alami tekanan tiba-tiba diserang pelbagai penyakit kronik ARTIKEL BERKAITAN: Disangka strok, rupanya insulin dalam badan kosong... Ako Mustapha semakin stabil selepas 24 jam dikejarkan ke hospital “Keadaan saya masih lemah. Ada ketika okey, namun ada masanya terasa lemah. “Suara juga belum pulih dan kalau bercakap pun seperti keluar ‘angin’ sahaja. Setakat ini doktor beritahu tidak perlu pembedahan disebabkan kandungan gula dalam darah masih tinggi,” ujarnya. Sebelum ini, keadaan kesihatan Ibnor itu dikongsi oleh penyanyi Nizam Laksamana yang memaklumkan rakannya itu mengalami beberapa simptom penyakit lain namun masih belum diketahui secara terperinci. Keadaan saya masih lemah. Ada ketika okey, namun ada masanya terasa lemah IBNOR RIZA PENYANYI Nizam berharap Ibnor diberikan rawatan menyeluruh kerana pernah diserang pelbagai penyakit selepas melakukan pemeriksaan doktor tahun lalu. “Suara Ibnor lemah, tiada selera makan dan tidak boleh bercakap seperti biasa. Tekanan darah rendah dan tidak boleh menelan makanan. Dia juga mengalami beberapa simptom penyakit yang belum dapat diketahui secara terperinci. “Semoga di HKL dia dapat menjalani rawatan secara menyeluruh,” jelasnya. Nizam (kiri) turut berkongsi perkembangan Ibnor. Dalam temubual bersama mStar sebelum ini, Nizam memberitahu Ibnor secara tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk. Dia mendapat tahu tentang keadaannya itu selepas melakukan pemeriksaan doktor akibat bengkak pada leher yang dialami. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI