suria

“Over! Macam budak-budak” - Netizen selar tindakan suami Fatin Afeefa perli Adam Shahz di mahkamah

Suami Fatin Afeefa perli Adam Shahz di mahkamah.

KES perebutan hak penjagaan anak diantara pelakon Adam Shahz bersama bekas isteri iaitu Fatin Afeefa kembali menjadi perhatian ramai.

Ia ekoran Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, dikatakan tidak dapat bertemu dengan anak perempuan mereka iaitu Ivy Herra Sophia sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun Adam dan Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.

Disebabkan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut bagaimanapun disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim.

Fatin dan Adam gagal mencapai kata sepakat berhubung isu hak penjagaan anak mereka.

Namun tindakan suami kepada Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang turut menarik perhatian netizen apabila berkongsi satu petikan pendek yang terletak di perkarangan mahkamah itu.

Menerusi video yang dimuat naik itu, Aliff membaca petikan berkenaan namun kamera telefonnya memfokuskan ke arah Adam yang ketika itu sedang sibuk dengan telefon bimbitnya di tempat menunggu.

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya," katanya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal capai kata sepakat dengan Fatin Afeefa, Adam Shahz tetap lawan tuntut hak penjagaan anak - “Saya sendiri tak tahu dia dekat mana sekarang”

ARTIKEL BERKAITAN: Adam Shahz dihalang jumpa anak, dakwa Fatin Afeefa bimbang rahsia terbongkar

Video tersebut meraih perhatian ramai yang rata-rata kagum dengan keberanian Aliff memerli bekas suami isterinya itu dan tidak kurang ada menganggap tindakannya itu bersikap kebudak-budakkan.

"Over! Macam budak-budak.

"Berani dia gula-gulakan member depan mata. Bang kuat sikit cakap dia tak dengar itu.

"Bang jangan jujur sangat, tak terbayang kalau dia tengok video ini. Tak takut ke?

"Padu! suami macam ini bagus. Bukan sorok belakang bini terang-terang dia perli," antara komen netizen.

Aliff hadir ke mahkamah menemani Fatin.

Dalam pada itu, Aliff turut membalas beberapa komen dari pengikutnya yang menunjukkan dia tidak gentar dengan tindakannya itu.

"Aku tak takut dengan mamat ini? Apa dia nak buat? Okay lah, hiburan. Dia boleh... takkan kita tak boleh," ujarnya.

Untuk rekod, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29 dan Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkahwin pada 21 Disember 2013 namun mereka bercerai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia yang kini berusia 8 tahun.

Pada 30 Disember tahun lalu, Fatin berkahwin dengan Aliff dalam sebuah majlis tertutup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain