suria

Syafiq Farhain bakal bergelar bapa, isteri sedang hamil 5 bulan

Syafiq dan isteri bakal sambut anak pertama dijangka hujung Mei ini.

SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Syafiq Farhain berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Alia Nadia, 29, kini sedang hamil lima bulan.

Teruja bakal bergelar seorang bapa, Syafiq atau Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, berkata, dia juga berasa berdebar untuk menyambut kelahiran anak pertama yang dijangka pada awal Jun depan.

"Kalau tanya tentang persediaan bergelar bapa, memanglah sudah bersedia. Setakat ini tempoh kehamilan berjalan lancar dan isteri tidak mengalami sebarang alahan.

syafiq 2

Syafiq jarang berkongsi kisah rumah tangga di sosial media.

"Jujur saya katakan, sekarang ini macam-macam bermain dalam fikiran menjelang kelahiran anak pertama ini.

"Sesiapa sahaja yang tahu tentang kehamilan ini harap dapat doakan anak kami dan isteri agar sentiasa selamat dan urusan kami dipermudahkan nanti," katanya.

Syafiq ditemui media pada majlis sidang media Jelajah Amal Solidariti untuk Iskandar Spring yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Syafiq Farhain akhirnya mengaku sudah kahwin! Sorok hari bahagia, tunggu sampai orang tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa kahwin senyap-senyap, Syafiq Farhain malas layan gosip... Belum sedia kongsi hal peribadi

Untuk rekod, Syafiq dan Alia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2021 namun penyanyi itu mengambil keputusan merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan umum.

Syafiq bagaimanapun mendedahkan sudah bergelar suami orang pada April tahun lalu selepas timbul khabar angin mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain