suria

Nazrey Johani setuju buat kemunculan di konsert ulang tahun Raihan, tunggu surat jemputan

Nazrey tiada masalah untuk jayakan konsert bersama Raihan.

PENYANYI nasyid dan pendakwah Nazrey Johani terbuka untuk sama-sama menjayakan Konsert Garis Masa Raihan yang bakal diadakan pada 18 Februari ini.

Nazrey, 51, berkata, idea asal konsert tersebut bersempena meraikan ulang tahun ke-26 penubuhan Raihan memang membabitkan dirinya bagaimanapun atas masalah tertentu perkara itu tidak menjadi kenyataan.

"Pada dasarnya saya mendapat tahu, memang idea nak membuat konsert Raihan itu melibatkan saya. Tapi tidak berjaya mungkin kerana kurang persediaan. Saya tidak pasti. Saya cuma nak cakap yang baik-baik sahaja.

"Setelah tidak berjaya, saya juga sudah dihubungi oleh bekas pengurus Raihan, Farihin untuk sekali lagi merancang konsert itu tahun ini. Mungkin mereka tidak pasti saya betul-betul bersedia atau tidak untuk melibatkan diri," katanya.

MRXH7596

Nazrey Johani tiada masalah lakukan konsert bersama kumpulan Raihan.

Nazrey berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Saujana 25 Tahun yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

Nazrey berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjayakan konsert tersebut namun pihaknya masih belum menerima surat hitam putih daripada pihak kumpulan Raihan untuk terlibat dalam konsert itu.

"Saya tiada apa-apa masalah untuk menjayakan konsert itu, selepas Farihin telefon, mereka juga sudah dapat kepastian daripada saya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nazrey Johani dedah derita psoriasis sejak 17 tahun lalu, punca jarang keluar bertemu orang

ARTIKEL BERKAITAN: “Hati saya tak tenang” - Nazrey dedah punca sebenar keluar Raihan, tak mahu hidup dalam dunia populariti

"Masalah sekarang ini banyak orang dah buat konsert... Raihan bila nak buat konsertnya? Mudah-mudahan terbukti jadilah. Bagi saya konsert ini kena dijayakan untuk peminat dan hiburan Islam.

"Saya sangat mengalu-alukan surat jemputan daripada Raihan untuk jayakan konsert itu. Saya sihat atau tidak, selagi saya hidup dan ada suara, saya tetap akan buat persembahan kerana saya suara utama dalam Raihan.

"Setakat hendak menyanyi lima hingga enam lagu, saya boleh melakukannya," katanya.

RAIHAN-1

Kumpulan Raihan tunda konsert ke 18 Februari 2023.

Sebelum ini, Konsert Garis Masa Raihan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Melawati Shah Alam pada 26 November tahun lalu ditunda ke tahun ini.

Anggota kumpulan Raihan, Che Amran Idris atau Che Am memberitahu, penundaan konsert itu kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti Pilihan Raya Umum Ke-15 dan keadaan cuaca tidak menentu.

Selepas perbincangan dengan pihak penganjur, mereka memutuskan untuk menunda konsert itu pada 18 Februari 2023, sempena sambutan Israk Mikraj.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain