suria

Berlakon siri Netflix buka peluang buat Idan Aedan, 2 tawaran produksi Indonesia dan Australia dalam genggaman

Nama Idan semakin menyerlah dalam dunia lakonan.

NAMA pelakon muda Idan Aedan semakin melonjak naik apabila namanya mula mendapat perhatian dua syarikat produksi luar negara iaitu dari Indonesia dan Australia.

Menyedari produksi antarabangsa lebih terbuka tentang babak intim dalam karya dihasilkan, Idan atau Muhammad Shahidan Abdullah, 19, bagaimanapun tidak rela melakonan adegan panas dan tetap meletakkan batasan.

Pun begitu, Idan berkata, dia tidak mempunyai masalah sekiranya babak intim tidak melibatkan aksi melampau atau menggunakan teknik kamera yang sudah menjadi kebiasaan dalam kebanyakan penerbitan filem atau pun drama.

"Mestilah saya kena jaga batas. Jika ada babak melibatkan aksi intim dan bersentuhan secara fizikal saya tidak akan buat meskipun ia produksi antarabangsa... mereka juga faham saya seorang Muslim.

idan 1

Idan mahu terus kembangkan kerjaya ke luar negara.

"Pendek kata, mana-mana babak yang dilarang untuk sebuah filem di Malaysia, saya tidak akan buat jika terlibat dalam produksi di luar negara.

"Kalau ia dilakukan dengan teknik kamera, saya rasa tiada masalah. Orang di belakang tabir tahu apa yang dilakukan dan terpulang kepada penonton untuk menilainya nanti," katanya kepada mStar.

Idan berkongsi mengenai perkara itu ketika majlis tayangan perdana filem lakonannya berjudul Harum Malam yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dain Said terkejut lihat aksi pelakon muda, rupanya ramai berbakat... Sengaja bawa kelainan dalam filem ‘Harum Malam’

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil pemain bola sepak sebenar sebagai pelakon, Anak Rimau The Movie mampu tarik anak muda minat sukan

Bercakap mengenai tawaran diterima, Idan berkata dia belum memberi kata setuju namun tidak menolak kemunculannya menerusi siri Mr. Midnight; Beware the Monsters yang merupakan terbitan produksi Singapura membuka mata lebih banyak produksi luar negara mengenai bakatnya.

Kata Idan, dia sendiri tidak menyangka menerima dua tawaran berkenaan namun menganggap ia sebagai rezeki dan peluang melebarkan sayap lakonan ke luar negara.

"Saya pun tak sangka terima tawaran tersebut. Mungkin lakonan saya sebelum ini yang ditayangkan di Netflix membuka mata produksi dan ia merupakan pendedahan besar buat karier saya.

Pendek kata mana-mana babak yang dilarang untuk sebuah filem di Malaysia saya tidak akan buat jika terlibat dengan produksi di luar negara

IDAN AEDAN

PELAKON

"Setakat ini saya masih belum beri keputusan lagi. Apa boleh saya katakan ia adalah produksi dari Indonesia dan Singapura," jelasnya.

Sementara itu, lakonannya sebagai Iqbal dalam filem genre seram Harum Malam turut mendapat pujian pengarah, Dain Said dan barisan pelakon senior lain seperti Bront Palarae dan Remy Ishak.

Malah namanya juga disebut-sebut sebagai antara pelapis baharu yang mempunyai potensi besar untuk terus maju dalam industri perfileman tanah air.

idan 3

Lakonan Idan dalam Harum Malam mendapat pujian.

"Bekerja dengan orang-orang hebat adalah satu pengalaman baru buat saya dan bersyukur kerana mendapat peluang ini di usia muda. Apabila diberi pujian pastinya saya teruja kerana mereka adalah idola saya.

“Setiap komen yang diberikan menjadi motivasi untuk saya berusaha dalam industri ini dan tidak akan pernah berhenti belajar sesuatu perkara baru,” ujarnya.

Selain Idan, Bront dan Remy, filem tersebut turut menampilkan pelakon lain seperti Nadiya Nissa, Arnie Shasha, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.

Filem terbitan kerjasama D’Ayu Pictures, Skop Productions dan Apparat ini akan mula ditayangkan pada 9 Februari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain