suria

“Kalau setakat senyum pun cukuplah” - Noorkhiriah tegur sikap pelakon tiada adab, minta tanam rasa hormat dalam diri

Khiriah memberi teguran buat segelintir pelakon.

DRAMATIS Noorkhiriah meluahkan rasa kesal terhadap sikap seorang pelakon yang menunjukkan sikap tidak menghormati orang lama sepertinya.

Khiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, berkata, individu dimaksudkan memang bersikap sombong sejak daripada dulu yang mempamerkan aspek adab dan akhlak berbeza dengan pelakon generasi terdahulu.

"Akak memang dah tak sepopular kau dik tapi harus diingat bumi ini bulat. Mungkin kau baik dengan peminat tapi kau tak hormat senior.

khiriah1 - 1

Antara luahan yang dimuat naik di instastory.

"Akak jarang nak luah perkara-perkara seperti ini tapi cukup sekadar tunduk tanda hormat," katanya.

Khiriah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal ditunggang tiba-tiba pecut langgar kereta, Noorkhiriah alami lebam dan tisu koyak

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit kalau tiada 'job', Noorkhiriah harap anak tak ikut jejak langkah jadi pelakon

Dalam pada itu, Khiriah berkata, pelakon berkenaan mungkin bersikap acuh tak acuh terhadapnya kerana dia tidak mempunyai sebarang kepentingan.

"Dari dulu lagi kau memang ‘kekwat’. Beza betul pelakon dulu dengan sekarang. Adab dan akhlak penting.

"Akak tidak ada kepentingan sebab itu hilang hormat. Cuba kalau akak ini penerbit?," ujarnya.

Saya tidak minta disanjung, cukuplah sekadar bertegur. Kalau kau tak nak keluarkan suara, setakat senyum pun sudahlah.

NOORKHIRIAH

PELAKON

Pelakon Bedah Tong Gas itu bagaimanapun cuba untuk menenangkan diri dengan memaafkan hati sendiri kerana menganggap mungkin dia yang berfikiran tidak baik.

Malah, aktres berkenaan turut berjanji akan mendidik anak-anaknya untuk mempunyai adab dan rasa hormat kepada orang lebih berusia.

"Tak mengapalah akak maafkan hati akak sendiri. Mungkin hati akak jahat fikir macam tu. Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang.

"Pengajaran buat akak untuk didik anak-anak jangan jadi macam tu. Tak perlu hormat sampai sembam muka ke bumi, cukup dengan hormat," katanya.

Ketika dihubungi mStar, Khiriah enggan mengulas lanjut berkenaan isu dibangkitkan kerana tidak mahu memanjangkan perkara tersebut.

khiriah2 - 1

Khiriah tidak minta disanjung, tetapi cukup sekadar hormat.

Namun, aktres itu sempat memberikan pesanan buat segelintir pelakon terutamanya generasi baharu untuk menanam rasa hormat kepada pelakon lebih senior.

"Tak apa la. Cuma kita kalau bekerja dengan orang ramai, banyak benda yang kita nak jaga. Adab, akhlak, itu sangat penting sebenarnya.

"Kita bekerja bukan dengan pelakon baharu sahaja. Saya tidak minta disanjung, cukuplah sekadar bertegur. Kalau kau tak nak keluarkan suara, setakat senyum pun sudahlah," jelasnya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain