suria

Nynaa Harizal timang bayi perempuan, bersalin lebih awal daripada jangkaan

Nynaa kini bergelar seorang ibu.

PELAKON Nynaa Harizal selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Gleneagles Ampang Kuala Lumpur pada 29 Januari lalu kira-kira pukul 3 petang.

Nynaa atau Nurul Hanynaa Harizal, 27, berkata, dia terpaksa melahirkan anak lebih awal daripada jangkaan iaitu 2 Februari selepas mengalami tanda-tanda sakit bersalin ketika melakukan pemeriksaan.

"Alhamdulillah, dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan lancar. Saya rasa lega sangat apabila sudah selamat melahirkan bayi kami. Pada mulanya saya rasa sangat gementar.

nynaa4 - 1

Nynaa selamat melahirkan cahaya mata perempuan.

"Saya memang memilih untuk melahirkan secara pembedahan kerana kami boleh merancang tarikhnya. Namun apabila buat pemeriksaan kesihatan, doktor beritahu saya sudah mengalami contraction dan dinasihatkan untuk terus melahirkan anak," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi pengalaman melahirkan secara pembedahan, Nynaa meluahkan rasa syukur kerana dia tidak mengalami kesakitan yang luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Nynaa Harizal berdebar menunggu hari kelahiran anak pertama, umum jantina selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN:

Kata Nynaa, sakit yang dirasainya tidaklah seperti yang diperkatakan orang ramai.

"Proses pembedahan berlangsung dengan begitu pantas hanya lebih kurang 20 minit. Saya pun tak sangka tengok-tengok baby dah keluar.

"Saya sebenarnya takut juga nak caeser, tetapi Alhamdulillah bersalin secara pembedahan tidaklah seperti yang orang takut-takutkan tu," ujarnya.

Saya rasa lega sangat apabila sudah selamat melahirkan bayi kami. Pada mulanya saya rasa sangat gementar.

NYNAA HARIZAL

PELAKON

Dalam pada itu, Nynaa berkata, dia dan suami Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 31, masih belum membuat keputusan tentang nama yang bakal diberikan kepada anak sulung mereka itu.

"Nama tengah fikir lagi. Belum confirm! Tak apa nanti saya beritahu. Nama tu dah ada beberapa pilihan.

"Nama yang dipilih pun lebih kurang sama, cuma susunan nak nama macam mana tu kami belum buat keputusan lagi," katanya.

Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga bersama Fahmi pada 28 Ogos 2021.

Kisah rumah tangga pasangan ini pernah menjadi perhatian ramai apabila Fahmi mendakwa isterinya telah dilarikan bapa mentua ketika menjalani penggambaran sebuah drama pada 3 November 2021.

nynaa3 - 1

Nynaa dan Fahmi bernikah pada 2021.

Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November 2021.

Bagaimanapun, Nynaa dan Fahmi akhirnya mencapai persetujuan untuk berbaik semula di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 11 November 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain