suria

Puteri Sarah rasa lucu blog dakwa bakal bersemuka Ira Kazar… “Tak mungkin terjadi”

Puteri Sarah tak mungkin bertemu dengan Ira Kazar.

PELAKON Puteri Sarah Liyana berasa lucu apabila menerima kiriman laporan blog daripada salah seorang pengikutnya yang mengatakan dia bakal bersemuka dengan madunya, Ira kazar.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, laporan tersebut sama sekali tidak benar malah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Jelasnya, perkara itu tidak mungkin terjadi tambahan pula dia kini masih lagi berada di Makkah bagi menunaikan umrah.

sarah1 - 1

Sarah berkongsi perkara ini di instastory.

"Ramai beritahu Sarah ni. Adoi kelakar la. Tak mungkin terjadi.

"Saya pun masih lagi berada di Makkah. Tenang netizen. Kreatif betul cerita," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah terkedu anak tanya sama ada betul Syamsul Yusof sudah kahwin lain, punca lama tak balik rumah

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar, keluarga berdepan saman hina mahkamah kerana ganggu dan kahwin tanpa izin

Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Menerusi paparan yang dikongsi, tajuk yang tertera pada artikel berkenaan berbunyi 'Saya akan jumpa Ira Kazar. Sebelum dia ajak saya... Saya akan... Akhirnya Puteri Sarah akan bersemuka...'

Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira di Thailand dan berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.

sarah2 - 1

Sarah tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk berjumpa Ira Kazar.

Susulan daripada pendedahan itu, Sarah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul, 6, dan Sumayyah, 5.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain