suria

Kontraktor larikan diri, impian mentua Mark Adam pindah rumah baharu sebelum raya terkubur

Mark Adam kesal kontraktor tidak bertanggungjawab.

IMPIAN penyanyi Mark Adam membina sebuah kediaman buat ibu bapa mentuanya seakan terkubur apabila kontraktor yang diupah melarikan diri.

Lebih malang, Mark atau Fikri Mark Adam Abdullah, 44, sudah pun membuat bayaran penuh kepada kontraktor namun kerja-kerja pembinaan kediaman tersebut terbengkalai.

Kata Mark, pihak kontraktor ada memintanya membuat pembayaran tambahan hampir RM80,000 bagi menyiapkan rumah tersebut.

"Baru-baru ini saya buat rumah untuk mak dan ayah mentua saya tapi ada masalah dengan kontraktor. Rumah ni pun sudah tujuh bulan dalam pembinaan, namun masih belum disiapkan lagi.

mark1 - 1

Mark berhasrat membina kediaman buat ibu dan bapa mentua.

"Saya sudah bayar penuh kepada kontraktor tapi mereka minta tambahan bayaran lagi. Rumah punya struktur belum habis lagi mereka minta pula RM60,000 ke RM80,000," katanya.

Mark berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mark Adam akui nyanyian terjejas gara-gara Covid-19, dinasihatkan rajin bersenam

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Mark Adam di Filipina rosak dibadai Taufan Rai... Syukur keluarga selamat, tanya khabar setiap hari

Dalam pada itu, Mark meluahkan rasa kesal kerana telah berjanji dengan ibu bapa mentuanya untuk berpindah di kediaman baharu sebelum sambutan Aidilfitri April.

Tambah penyanyi lagu Pencuri itu, dia sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

"Habis macam mana ni hari raya nak tak lama lagi. Mak ayah mentua saya pun dah minta nak berpindah sebelum raya.

"Saya dah cuba terbaik tetapi ini pula jadinya. Saya sudah buat laporan polis dan kita lihat bagaimana nanti," ujarnya.

mark2 - 1

Mark sudah buat laporan polis.

Sementara itu, Mark juga memberitahu dia terpaksa menukar kunci rumah kerana kontraktor tidak memberikan salinan kunci untuk dia masuk ke kediaman berkenaan.

"Sekarang ni saya terpaksa tukar kunci rumah ini kerana mereka telah mengunci rumah saya sendiri. Cuba bayangkan tuan rumah tak boleh masuk rumah sendiri.

"Saya minta kunci dia tak beri. Saya ada hak nak masuk rumah untuk tengok keadaan rumah. Kita tengok nanti apa yang mereka nak buat," katanya.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Mark tidak berjaya kerana panggilan yang dibuat oleh kami tidak dijawab.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain