suria

Neelofa pilih Alif Satar dan Aina Abdul juara AJL37, Siti Nurhaliza pula sokong Aina Abdul, Marsha dan Ernie vokal terbaik

TokTi dan Neelofa ramal juara AJL37.

BAHANG Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) yang bakal berlangsung pada malam Ahad ini semakin memuncak.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pengacara dan usahawan Neelofa kembali dengan ramalan tentang juara AJL37 memandangkan sudah beberapa kali tekaannya mengena.

Menerusi Twitter miliknya, Neelofa menunjukkan sokongan terhadap Alif Satar yang mempertaruhkan lagu Anugerah Terindah dan Aina Abdul menerusi Terus Hidup.

Meskipun tidak menyebut siapa bakal bergelar juara, namun Neelofa menjangkakan Alif dan Aina bakal mengungguli gelaran juara AJL37.

317384282_860594918425554_5399009057644218778_n

Neelofa ramalkan Alif Satar dan juga Aina Abdul.

"Another year another prediction! Saya menyokong dan berharap agar Alif Satar akan jadi tiga teratas dalam AJL37. Bakatnya yang serba boleh memang chef’s kiss. Tidak lupa juga, yang hebat, Aina Abdul. Dia juga layak!" katanya.

Ramalan yang dimuat naik ibu kepada Muhammad Bilal itu mendapat perhatian ramai yang rata-rata menyokong pilihan Neelofa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada istilah biasa-biasa, Aina Abdul tetap ‘all out’ di AJL37 tahun depan

ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse buat ‘comeback’, kongsi pentas dengan Sherry Alhadad sebagai hos AJL37

Malah mereka juga teruja menantikan keputusan AJL37 akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 9 malam.

Tahun lalu, ramalan Neelofa mengena apabila Pelukan Angkasa nyanyian Shila Amzah serta SOG diangkat sebagai juara AJL36.

Sementara itu, penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza pula menyebut nama Aina Abdul, Marsha dan Ernie Zakri antara finalis yang bakal merebut anugerah vokal terbaik pada malam itu nanti.

327889387_5116711395098305_5300011023005578069_n

TokTi sebut nama Marsha, Aina Abdul dan Ernie untuk vokal terbaik.

Kata Siti atau lebih mesra dengan panggilan TokTi, dia mengakui dirinya kurang mendengar lagu yang akan dipertandingkan membuatkannya sukar untuk meramal siapa bergelar juara AJL37.

"Ada lagu finalis-finalis ini yang kurang familiar untuk saya. Saya tak dengar selalu lagu mereka, jadinya, sebab itu saya tak boleh nak bagi ramalan. Tapi vokal saya tahu. Marsha, Aina Abdul dan Ernie. Ini yang power-power ni. Tiga-tiga ada peluang untuk menang," katanya.

Tokti berkongsi perkara itu menerusi Live Instagram miliknya.

321562980_1191151261609522_7373619747784947677_n

Sherry Al Hadad dan Jihan Muse pengacara AJL37.

AJL37 menyaksikan 12 lagu terbaik bertanding iaitu Korban nyanyian Ernie Zakri, Kembali Terang (Marsha), Terus Hidup (Aina Abdul), Nang (Iman Troye), Sengsara (Khai Bahar), Irama (Shiha) dan Mainan (Naim Daniel).

Manakala turut mara ke final adalah Anugerah Terindah (Aliff Satar & The Locos), Debu (Dayang Nurfaizah & Amir Masdi), Bahagiakan Dia (Shila Amzah & Liza Hanim), Satu Malam Di Temasik (Joe Flizzow & Sonaone) dan Payung Pelangi (Noki & MK).

Anugerah berprestij ini akan dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Jihan Muse.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain