suria

Tomok hampir ‘meraung’... Dewan konsert bergema suara peminat, imbau nostalgia kemuncak populariti New Boyz 

Tomok bersemangat ketika menghiburkan peminat menerusi konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang.

PENANTIAN bertahun-tahun peminat untuk melihat semua anggota kumpulan New Boyz kembali bersatu di atas pentas sama akhirnya terlaksana apabila mereka muncul dengan konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang pada malam Jumaat.

Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, selaku vokalis kumpulan New Boyz berkata, dia sebak apabila konsert berkenaan berjaya mengimbau kenangan lalu apatah lagi tenaga ditunjukkan peminat yang hadir menambah rasa pilu di hatinya.

"Sebak bila mengimbau kenangan dulu. Kalau ikutkan New Boyz dah lama tidak mengadakan konsert dan dengan penonton yang hadir bagi tenaga yang luar biasa membuatkan saya bersemangat dan setiap lagu itu saya menahan sebak.

"Kalau keluar air mata memang tak boleh menyanyi dah, setiap kali buat latihan apabila masuk bahagian akustik saya rasa sedih sebenarnya.

photo1676056878

Konsert New Boyz buat peminat tak keruan.

"Dapat kumpul balik dengan kawan-kawan dan peminat. Paling buat rasa air mata nak keluar adalah lagu Meraung, memang naik bula roma," katanya kepada mStar.

Tomok berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang pada malam Jumaat bertempat di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC).

Dalam pada itu, Tomok berkata, dia juga bangga apabila dewan konsert bergema dengan suara peminat yang turut menyanyikan setiap lagu yang dibawa pada malam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Konsert New Boyz ‘sold out’ dalam masa 24 jam, Tomok dedah keluar wang sendiri demi hiburkan peminat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tomok tak simpan ‘taring’, Ramli MS bagi markah tertinggi sepanjang musim GV

Kata Tomok, sudah agak lama dia tidak melihat suasana seperti itu memandangkan ia satu kelaziman setiap kali New Boyz muncul dalam mana-mana persembahan sebelum ini.

"Ini biasa sebenarnya sebab kalau zaman dulu siap bergegar van kami naik, sampai ada panjat bumbung van.

"Saya nak rasa dekat dengan peminat, saya tidak mahu konsert saya hanya sekadar menyanyi tapi tiada interaksi bersama mereka mata ke mata.

Kami dah lama tak buat persembahan bersama, kalau tak boleh kawal itu yang membimbangkan.

TOMOK

NEW BOYZ

"Saya hargai mereka dari dulu mereka menyokong kami... mana tidaknya, lagu yang dah 20 tahun lalu tapi masih boleh menyanyi bersama kami," ujarnya.

Tomok juga sanggup mengeluarkan modal sendiri untuk mengadakan konsert berkenaan memberitahu berhasrat menganjurkan konsert sama di beberapa negara lain seperti Singapura, Brunei dan Indonesia memandangkan ada peminat sanggup terbang ke Malaysia demi menonton persembahan New Boyz.

Kata Tomok, dia juga memasang impian untuk mengadakan konsert berskala lebih besar sekiranya ada pihak terbuk hati ingin menaja mereka.

photo1676056892

Persembahan Tomok raih sorokan gemuruh dari peminat.

"Tahun depan New Boyz akan meraikan ulang tahun ke-25 dalam industri jadi kalau ada rezeki Insya Allah kami nak buat di lokasi lebih besar.

"Konsert kali ini kami guna modal sendiri, Alhamdulillah saya gembira tetapi kalau ada penaja kami boleh buat lebih baik," katanya.

Untuk rekod, tiket konsert dua malam New Boyz Sejarah Mungkin Berulang sold out iaitu sebanyak 1,400 tiket.

Konsert berkenaan memperlihatkan Tomok menyanyikan 20 buah lagu hit New Boyz termasuk Meraung, Sejarah Mungkin Berulang, Marah Bukan Sifatku dan Khilaf.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain