PELAKON Syafiq Kyle mengesahkan bakal disatukan dengan aktres Mimi Lana selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April ini. Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, berkata, segala persiapan menjelang pernikahannya dengan Mimi juga berjalan lancar dan hanya menanti hari bahagia mereka berlangsung. "Selepas raya nanti, kita bagi orang puasa dulu. Insya Allah doakan saya. "Alhamdulillah semua persiapan berjalan lancar dan tunggu masa sahaja... semuanya dalam kawalan," katanya kepada mStar. Syafiq dan Mimi hitung hari bahagia. Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran telefilem Mendarat Di Syurga pada Ahad. Dalam pada itu, Syafiq berkata, persefahaman yang wujud di antara dia dan Mimi sejak sekian lama membuatkan urusan menguruskan hal perkahwinan mereka menjadi lebih mudah. Ini kerana kata Syafiq, disebabkan sudah lama menjalinkan hubungan mereka lebih apa tentang kehendak dan keperluan masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: “One step closer, Insya Allah” - Mimi Lana beri gambaran sudah bertunang dengan Syafiq Kyle, dibanjiri ucapan tahniah peminat ARTIKEL BERKAITAN: Ada sangka sebab putus cinta, Mimi Lana dedah menangis seminggu terpaksa potong rambut pendek "Lain orang berlainan caranya... saya dan pasangan saya mungkin sudah lama kenal dan disebabkan itu kami lebih tersusun dalam menguruskan masa dan semua hal berkaitan dengan lebih baik. "Alhamdulillah tiada masalah buat masa sekarang, semua memberi kerjasama dengan baik termasuk pihak produksi yang memahami jadual saya," jelasnya. Pun begitu Syafiq tidak menafikan tempoh 'darah manis' ketika ini dia turut berdepan dugaan namun sentiasa mengharapkan doa yang baik daripada peminat. Itu masing-masing untuk menerima dugaan itu tapi setiap dugaan atau masalah pasti ada penyelesaian. SYAFIQ KYLE PELAKON "Ada dugaan bertunang tapi kalau boleh elakkan dan doakan benda baik-baik. Saya harap orang dekat luar sana juga doakan kebahagiaan saya. "Insya Allah setiap dugaan atau masalah itu pasti ada penyelesaiannya," ujarnya. Untuk rekod, hubungan pasangan ini dikatakan pernah terlerai pada Mei 2020 selama lima tahun menyulam cinta namun kembali bertaut selepas masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial. Baru-baru ini, Mimi dan Syafiq turut memuat naik gambar dipercayai pada majlis pertunangan mereka. Persiapan perkahwinan Syafiq dan Mimi berjalan lancar. Dalam perkembangan lain, Syafiq memberitahu dia memegang watak sebagai Nazri yang merupakan seorang pramugara menerusi telefilem Mendarat Di Syurga. Syafiq berkata, dia tertarik dengan drama terbitan Zeel Production itu kerana jarang ada drama yang mendedikasikan tentang industri penerbangan di Malaysia. "Selepas beberapa kejadian melibatkan kapal terbang terhempas itu, tak banyak cerita mengenai industri penerbangan dan ini adalah salah satunya. "Saya tidak mahu lepaskan peluang untuk sama-sama mendedikasikan cerita ini kepada masyarakat," kongsinya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube