suria

Tak malu minta tip henti tabiat onani... Wanns Ahmad rupanya sedang promosi lagu

Wans sengaja mahu tarik perhatian peminat.

PERKONGSIAN penyanyi dan pelakon Wanns Ahmad tentang tabiat onani di laman sosial miliknya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat sehingga ada yang menganggap dia aktif melakukan perbuatan tidak sihat itu.

Menjelaskan hal yang sebenar, Wanns atau Wan Nursalam Wan Ahmad, 33, berkata apa yang dikongsi itu merupakan satu bentuk promosi lagu baharu berjudul Makhluk Jalang Terbuang yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Memilih ketagihan onani sebagai isu yang bakal ditampilkan dalam muzik video, Wanns memberitahu niatnya juga adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak terjebak dengan perbuatan berkenaan.

wans 1

Perkongsian Wanns yang menimbulkan kekeliruan.

"Bukanlah sekadar hendak lancarkan lagu sahaja. Niat saya juga untuk mendidik orang ramai tentang tabiat onani. Memang ia memberi nikmat keghairahan sementara namun jika menjadi amalan boleh mendatangkan kemudaratan berpanjangan.

"Lirik lagu itu nanti membawa kisah umum, namun dalam MV saya berani untuk angkat masalah yang mungkin tidak ramai tahu akibatnya itu. Dalam mempromosi lagu saya juga mahu berkongsi perkara baik," katanya kepada mStar.

Wanns terdahulu memuat naik beberapa hantaran di Instagarm tentang onani dan turut bertanya pendapat orang cara untuk menghentikan tabiat buruk itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! Gara-gara ambil keris berbalut kain merah daripada tukang urut, Wanns Ahmad tanggung derita dapat ‘pendamping’

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara terlajak komen di IG... Wanns Ahmad digelar anti vaksin - “Tak perlu sampai bergaduh... berperang di media sosial “

Menerima banyak komen balas serta pertanyaan lanjut, Wanns juga sengaja enggan memberikan jawapan di ruangan komen dan membiarkan ia terus jadi tanda tanya.

Tidak menafikan ia adalah satu teknik pemasaran, Wanns bagaimanapun berharap peminat akan mendapat maksud sebenar yang ingin disampaikan setelah lagu tersebut dilancarkan.

Dalam mempromosi lagu saya juga mahu berkongsi perkara baik

WANS AHMAD

PELAKON/PENYANYI

"Saya memang sengaja nak mencuit orang supaya tahu tentang lagu baharu itu. Biarlah mereka berikan perhatian dan mungkin boleh berkongsi tentang karya tersebut.

"Saya juga tidak menjawab sebarang kekeliruan di media sosial supaya peminat tertunggu-tunggu. Semoga mereka mendapat maksud sebenarnya yang ingin saya sampaikan dalam lagu ini," ujarnya.

Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Wanns sendiri dan menjadi single kedua selepas hampir lapan tahun tidak merakamkan lagu baharu.

wans 2

Wans juga mahu kongsi nasihat dalam lagu.

Aktif dalam dunia lakonan sebelum ini, Wanns berkata dia juga ingin berkongsi kisah tulisannya kepada pendengar.

"Menulis lagu dan menyanyi juga adalah minat saya. Ini adalah medium untuk saya bercerita dan boleh bincang tentang sesuatu isu," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain