KONSERT Malam Bulan Bintang yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu berlangsung dengan meriah sekali gus menaikkan nama jenama tempatan berkenaan. Lebih membanggakan konsert tersebut menampilkan artis terkemuka seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Salammusik, Raihan ft Alif Satar & The Locos, Faizal Tahir termasuk dua artis Indonesia, Sabyan dan Opick. Meskipun terpaksa bersaing dengan penganjuran konsert kumpulan kpop popular Blackpink yang mengadakan persembahan pada waktu sama di Stadium Nasional Bukit Jalil namun program tersebut tetap mendapat sambutan 8,000 peminat. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Bintang, Azzim Zahid berkata, pihaknya bersyukur apabila konsert berkenaan mendapat sambutan luar biasa penonton walaupun terpaksa bersaing dengan nama besar seperti Blackpink. Nadhir Nasar turut hadir di Konsert Malam Bulan Bintang. Malah pujian mengatakan konsert berkenaan mengenakan harga rahmah namun pengalaman mewah membuatkan pihaknya teruja dengan penerimaan penonton. "Ada orang kata Konsert Malam Bulan Bintang semalam harga rahmah, pengalaman mewah. Betul, ini memang cerita buat konsert untuk kepuasan diri bukan kaut untung. ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur ‘Malam Bulan Bintang’ tak gentar buat konsert sebelah Blackpink... Selit penceramah sempena kedatangan Ramadan ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat tempah baju nikah? Tenang... Bulan Bintang ada koleksi RTW buat bakal merpati dua sejoli "Harap semua yang datang berseronok. Kami pun puas hati dapat buat pentas 360 darjah," katanya. Azzim meluahkan rasa gembira tersebut menerusi laman Twitter miliknya. Sementara itu, Azzim berkata, terdapat permintaan agar pihaknya menganjurkan lebih banyak konsert pada masa akan datang. Sabyan turut menyanyi bersama penonton. Bagaimanapun katanya, dia bimbang sekiranya ramai terlalu seronok berhibur sehingga lupa Bulan Bintang merupakan syarikat menjual pakaian tradisional bersempena hari raya. "Saya paling risau bila ramai yang jumpa cakap Malam Bulan Bintan seronok, sampai suruh buat lagi untuk tahun-tahun berikutnya. Risau mereka ini lupa bahawa syarikat kami menjual baju Melayu. "Malam bulan Bintang adalah acara kedua yang memberi singal kami merupakan sebuah syarikat anak muda yang sentiasa mencari benda baru yang segar, tak pernah dibuat orang dan tahu keinginan anak muda lain," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!