suria

Samakan vokal Blackpink dengan Nabila Razali, akaun pengguna Twitter dah lesap kena serang Blinks

Nyanyian Blackpink disamakan dengan Nabila Razali.

TINDAKAN seorang pelayar Twitter yang menyamakan kualiti vokal anggota Blackpink dengan penyanyi Nabila Razali mengundang kemarahan peminat.

Individu berkenaan membuat ciapan itu sebagai respons kepada konsert Blackpink yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Sabtu yang menyifatkan kebolehan mereka menyanyi secara langsung seperti Nabila.

"Haha nyanyi live macam Nabila Razali," tulisnya.

Pada Sabtu, Blackpink berjaya membuktikan populariti mereka apabila lebih 62,000 peminat hadir menyaksikan persembahan mereka.

Dalam pada itu, ramai menyifatkan perbandingan yang dibuat individu berkenaan sebagai tidak adil memandangkan latar belakang nyanyian Blackpink dan Nabila jauh berbeza.

bp4 - 1

Peminat tidak senang apabila netizen membuat perbandingan antara Blackpink dan Nabila.

"Nak kecam memang senang tapi Blackpink tu menyanyi sambil menari dan bukan satu dua lagu. Nyanyian Nabila tu tak setanding langsung dengan Blackpink.

"Saya tahu ini pendapat awak tapi tolong hormat artis dan peminat mereka. Mereka tidak pernah komen atau hina perkara yang kamu suka, jadikan biarkan sahaja mereka.

"Nabila Razali VS Blackpink? Tak kena langsung!

"Saya bukan peminat Blackpink tapi bandingkan dengan Nabila Razali? Maaf bro, awak ada masalah pendengaran," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar puji Nabila Razali, tak putus asa perbaiki nyanyian... "Macam-macam orang kata tapi dia kuat"

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali mengaku silap pakai baju ketat di AJL37, netizen berhak tegur... "Maaf kalau mengganggu sesiapa"

Bagaimanapun, ada juga meminta peminat Blackpink agar mengabaikan individu tersebut kerana dia hanya sekadar ingin mencari perhatian memandangkan kumpulan kpop itu mempunyai peminat yang ramai.

Malah ada juga menyifatkan individu itu bersikap kebudak-budakkan kerana sengaja mencetus provokasi dalam kalangan penggembar muzik kpop dan tempatan.

"Biasalah apabila ada fasal kpop memang semuanya jadi salah. Ada sahaja orang nak hentam peminat dengan pelbagai cara.

"Mungkin dia juga peminat tapi sakit hati sebab tiket konsert sudah sold out," kata peminat lagi.

WhatsApp Image 2023-03-06 at 2.14.24 PM

Antara komen netizen di laman Twitter.

Menerusi tinjauan mStar, individu tersebut bagaimanapun telah menghapuskan akaun Twitter miliknya dipercayai akibat tidak tahan menerima kecaman netizen.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua kumpulan kpop yang popular menerusi lagu Kill This Love itu membuat persembahan di Malaysia menerusi konsert jelajah dunia Blackpink World: In Your Area dan Born Pink.

Manakala Nabila pula sering menjadi mangsa kecaman netizen akibat beberapa insiden 'terkucil' ketika menyanyi secara langsung.

Penyanyi Peluang Kedua itu menjelaskan dia sudah cuba untuk memberikan yang terbaik setiap kali naik ke pentas, namun mengakui tidak sengaja jika ada menyanyi sumbang.

"Sebagai penyanyi, saya tak akan sengaja menyanyi sumbang tetapi perkara sudah berlaku. Saya hanya boleh move on dan buat lebih baik pada masa depan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain