suria

Sudah berpuluh tahun berlalu... DJ Dave tetap ralat tak dapat ‘perform’ depan peminat di Parit Buntar, baru naik pentas jatuh pengsan pula!

DJ imbau kenangan yang tidak dilupakan sepanjang menjadi penyanyi.

BERGELAR sebagai seorang anak seni pasti tidak lari daripada berdepan dengan pelbagai pengalaman pahit serta manis sepanjang bergelumang dalam dunia hiburan.

Begitu juga dengan penyanyi terkenal era 1970-an iaitu Datuk DJ Dave yang mempunyai memori tersendiri sepanjang bergelar anak seni.

Paling tidak boleh dilupakan pemilik nama sebenar Irwan Shah Abdullah, 75, ini adalah insiden di mana dia terpaksa meneruskan sebuah persembahan di Parit, Perak ketika dia mengalami demam panas.

Imbau DJ Dave, meskipun kejadian itu sudah berpuluh tahun lamanya namun ia tetap segar dalam ingatan apabila penganjur merayu meneruskan persembahan memandangkan tiket sudah habis terjual.

330993994_1280534575864351_8550108641661445691_n

DJ Dave semasa membuat persembahan.

Lebih membuatkan dia lembut hati apabila penganjur bimbang peminat akan membakar pentas yang sudah dibina memandangkan ramai peminat begitu berharap dia akan buat kemunculan.

"Saya masih ingat sebuah persembahan di Parit, Perak. Masa itu saya ada persembahan tapi saya demam teruk sampaikan suhu saya hampir mencecah 40 darjah celcius... badan panas sangat dan mengalami batuk teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak ambil suntikan!”... DJ Dave dedah rahsia awet muda meski usia sudah 75 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Buang sifat buruk sangka, sebab itulah DJ Dave nampak muda pada usia 71 tahun

"Tapi tiket konsert saya sudah habis terjual, penganjur telefon saya beritahu suruh datang juga. Saya beritahu tak boleh berjalan dan sedang sakit tapi mereka tetap minta datang.

"Kata penganjur kalau saya tak datang mereka akan 'mati' sebab peminat akan bakar pentas itu nanti," katanya.

Dalam pada itu, DJ Dave berkata, dia tetap datang ke persembahan tersebut kerana bersimpati dengan pihak penganjur apatah lagi peminat sudah pun membeli tiket konsertnya.

Saya sempat naik ke atas pentas dan bila baru nak menyanyi lagu pertama, saya tiba-tiba jadi lemah dan jatuh pengsan.

DJ DAVE

PENYANYI

Katanya, ketika itu dia terpaksa menelan pelbagai jenis ubat-ubatan untuk segera sembuh sepanjang dalam perjalanan ke konsert dari Kuala Lumpur ke Perak.

"Saya cakap dengan doktor saya yang saya kena pergi ke persembahan itu, tapi doktor saya tak bagi dia suruh saya rehat.

"Tapi saya pergi juga dengan kawan saya, dalam kereta saya telan macam-macam ubat dan tidur," katanya lagi.

Datuk Irwan Shah Abdullah or DJ Dave as he is better known, says he bought an old Datsun  just to obtain the DJ 500 number plate because the plate bears his  lucky number, five.

DJ Dave tetap ingat kenangan jatuh pengsan atas pentas.

Bagaimanapun kata DJ Dave, bagai sudah jatuh ditimpa tangga, dia tetap tidak berkesempatan menghiburkan peminat apabila tiba-tiba jatuh pengsan di hadapan penonton sebelum memulakan persembahan.

Sehingga ke hari ini kata penyanyi lagu Menjelang Hari Raya itu dia masih berasa ralat tidak dapat menghiburkan peminat dan peristiwa itu sentiasa terpahat di hartinya.

"Saya sempat naik ke atas pentas dan bila baru nak menyanyi lagu pertama, saya tiba-tiba jadi lemah dan jatuh pengsan.

"Saya dengar peminat bertepuk tangan. Mereka faham... saya tak boleh lupa kenangan itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain